Wednesday, 4 January 2012

Darah Oh Darah.. Kenapa engkau tinggi??

Bismillah


"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu." (Surah Muhammad Ayat 31)

Entry kali ni btol2 horror la... mana taknya.. ia btol2 menguji kesabaran aku... btol la cakap orang nak dapat anak bukan senang.. Aku bersyukur sangat sbb lepas nikah je Allah terus kurniakan aku zuriat dalam perut ni...alhamdulillah kan.. tapi ia x semudah itu.. mesti akan didatangi ujian dan dugaan daripadaNya... stat dari awal pgnant aku dh ada alah, mual2, malas nak g keje, pening2.. that's normal... time pertengahan pgnant pulak itu adalah saat paling bahagia dalam hidup aku sbb sumenyer perfect... aku sgt enjoy life bersama khalifah kecil dalam rahimku ini.. tp bile dh hjung2 ni mcm penyakit yg datang... sakit belakang, sukar tidur, sesak nafas, penat tu sume mmg akan dihadapi... tapi kencing manis???? alhamdulillah x ada.. tapi tetibe ada penyakit yang x penah wujud pon dalam sejarah keluarga aku iaitu


TEKANAN DARAH TINGGI (Blood Pressure) ..... (*~*)

Semalam 3/1/2012 aku pegi check la BP aku.. check punyer check bacaan nyer 143/90.. ops.. quit higher.. sepatutnya normal 120/80.. then aku rest 15 minit bacaannyer dapat la 135/85.. ok la turun ckit tapi misi tetap suh aku check BP 3 hari bturut2 tu yang malas nk g klinik tu.. nak menunggu lagi.. aish... issh ishk... huhuhu.. so hari ni aku pg check lagi kul 8 pagi.. cer teka cer teka bape bacaannyer....


140/90

oh no... still naik... risau dh ni.. relax jap... lepas relax trun .. 130/90.. misi pon dah bising suh aku jmpe doktor.. aku xnk la pg jmpe doktor sbb aku malas nak tggu.. nanti lagi la darah aku naik.. huhuh.. xpela.. bsok penentuannya kalo tggi lagi kene jmpe doktor.. kenapa yee?? nak kate aku stress ke pening ke xd plak... oh.. mungkin letih kot (ayat nak sedapkan hati.. hahahha). Bila balik opis aku pon call my sis kat hospital teluk intan die pon cakap "that's normal 140 tapi tinggi jugak.. make sure lepas ni before amik BP rest dulu kat klinik dalam 15 minute baru check.. die xd effect ape pon cume takot mommy dapat sawan je dan bole effect kt baby dlm perut... so kene jage la.. jangan sampai ur bacaan BP  150, 160 or higher than that nanti kene operation" oh no.... huhuhuh....aku pon dah nak masuk 32 weeks.. x lama dh ni... 4 minggu lagi dh bole bersalin.. Ya Allah.. permudahkan lah urusanku..Moga semuanya selamat...Amin... mari kt share info tentang darah tinggi ni.. ia pengajaran buat aku juger....dipetik daripada web doktor hamidarshat..




DARAH TINGGI
Sungguhpun kebanyakan wanita hamil hanya mengalami masalah yang ringan dan dianggap biasa sahaja, sebilangan kecil yang kurang bernasib baik mengalami masalah serius yang boleh mengancam nyawa ibu dan anak yang dikandungnya.
Masalah yang meragut banyak nyawa ibu ialah kencing manis, darah tinggi dan kurang darah. Ibu yang hamil memang kerap mengalami masalah penyakit darah tinggi. Penyakit ini mempunyai bahaya tersendiri iaitu jika tidak terkawal boleh mengakibatkan maut kepada ibu hamil, apabila ibu diserang sawan beranak (eclamptic fit). Mengikut kajian pada tahun 1984, penyakit sawan beranak adalah punca kedua terbesar kematian ibu. Punca utama kematian ialah tumpah darah ketika bersalin.

Kenapa Penyakit Darah Tinggi Berlaku

Ramai wanita tidak menyangka mereka boleh menghidap penyakit darah tinggi ketika hamil. Ini kerana mereka berkeadaan sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit sebelum hamil. Tekanan darah tinggi adalah salah satu tanda penyakit yang digelar praeklampsia. Penyakit ini kerap dialami oleh wanita hamil dan sehingga kini doktor masih belum dapat mencari punca penyakit ini walaupun banyak kajian dan penyelidikan dilakukan.
Walaupun demikian doktor mengetahui yang penyakit ini lebih kerap dialami oleh ibu hamil sulung daripada ibu yang pernah hamil sebelumnya. Wanita hamil yang meningkat umurnya melebihi 35 tahun juga kerap mengalaminya. Begitu juga dengan wanita kembar atau sedang menghidap penyakit lain semasa hamil seperti penyakit buah pinggang atau kencing manis.

Mengesan Darah Tinggi

Penting bagi setiap wanita yang ingin hamil mendapatkan pemeriksaan badan bagi menentukan mereka sihat. Antara pemeriksaan yang saya maksudkan ialah pemeriksaan tekanan darah, ujian darah untuk mengukur paras hemoglobin, ujian air kencing untuk mengesan penyakit buah pinggang dan kencing manis serta penyakit lain seperti penyakit jantung. Saya anggap pemeriksaan dan ujian sebelum seseorang wanita itu hamil adalah penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi yang akan dilahirkan.
Begitu juga apabila wanita itu mengetahui dia hamil, patutlah mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung dengan secepat mungkin untuk tujuan yang sama. Jika terdapat sesuatu penyakit, bolehlah diberi rawatan dan jagaan yang sewajarnya sejak dari peringkat awal lagi. Pemeriksaan setiap bulan khususnya di peringkat akhir kehamilan sangat penting untuk mengesan penyakit darah tinggi.

Mengatasi Masalah Darah Tinggi

Jika seseorang wanita didapati menghidap penyakit darah tinggi, perkara pertama yang dilakukan oleh doktor dan kakitangan perubatan ialah menentukan punca penyakit ini.
Beberapa ujian dan penyiastan perlu dilakukan untuk mengetahui punca tekanan darah tinggi. Sebahagian besar daripada kes ini adalah disebabkan praeklampsia yang tidak diketahui puncanya.
Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi ketika hamil munkin perlu dimasukkan ke hospital untuk mengawasi penyakitnya. Seperti yang saya katakan tadi, jika keadaan ini tidak terkawal ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Kemungkinan bayi akan mati dalam kandungan. Bayi ini  juga biasanya lahir dengan timbang berat yang ringan dan kadangkala lahir sebelum cukup bulan. Kedua-dua masalah ini boleh mengancam nyawa dan kesejahteraan bayi di masa hadapan.
Sebenarnya tidak ada ubat yang khusus bagi penyakit praeklampsia melainkan dengan memberi rehat yang cukup. Doktor selalunya mencadangkan ibu berehat di hospital kerana dia mungkin diganggu oleh ahli keluarganya jika berehat di rumah. Ini mungkin menyebabkan fikirannya tidak tenteram dan tidak boleh memulihkan keadaannya. Semasa di hospital pengawasan boleh dilakukan pada ibu dan bayi untuk menentukan keadaannya tidak berbahaya.
Kadangkala para doktor  perlu memberi ubat untuk menenangkan fikiran dan memudahkan dia tidur kerana kedua-duanya sangat penting dalam memulihkan penyakit tersebut. Jika tekanan darah tingginya melambung naik dan tidak dapat dikawal dengan cara rehat atau cara lain, para doktor akan memberi ubat khusus untuk menurunkan tekanan darah.


Perlu ditegaskan ubat untuk merawat penyakit praeklampsia tidak boleh memulihkan atau merawat penyakit praeklampsia kerana seperti yang saya nyatakan kita belum mengetahui punca sebenarya. Rawatan dengan ubat hanyalah untuk mengurangkan tanda-tanda seperti tekanan darah tetapi tidak memberi kesan rawatan yang mutlak terhadap penyakit tersebut.

Cara Kelahiran Bayi

Ibu-ibu yang mengalami masalah darah tinggi kadangkala perlu melahirkan kandungan lebih awal daripada biasa. Seringkali kelahiran perlu dipaksakan secara induction of labour lebih awal iaitu satu atau dua minggu sebelum tarik kelahiran sebenar. Dalam keadaan cemas apabila penyakit ini menjadi sangat teruk seperti yang ditunjukkan oleh tekanan darah tinggi ataupun kencing manis yang mengandungi terlalu banyak albumin, atau ada tanda-tanda hendak timbul sawan, maka kelahiran dengan serta merta perlu dilakukan. Kadangkala dalam keadaan begini, doktor perlu melakukan kelahiran secara pembedahan sesarean untuk menyelamatkan bayi dan ibu kerana dikhuatiri sawan beranak mungkin berlaku.
Malangnya, doktor seringkali hanya boleh menyelamatkan nyawa ibu tetapi tidak begitu bernasib baik dalam usaha menyelamatkan nyawa bayi. Dalam keadaan yang cemas biasanya bayi itu terlalu kecil dan tidak cukup bulan dan dengan itu peluangnya untuk hidup adalah tipis.

Pencegahan

Penting bagi ibu yang mengandung sulung atau mereka yang melebihi umur 35 tahun ketika hamil atau mengalami kerumitan ketika hamil, mendapatkan pemeriksaan di peringkat awal kehamilan. Wanita juga patut mengawal tubuh badan mereka. Jangan biarkan badan terlalu gemuk kerana ini juga satu faktor yang boleh mencetuskan masalah darah tinggi ketika hamil. Ketika hamil penting baginya mengawal makanan yang mengandungi banyak kanji dan gula.


Mengikut pengalaman saya, ramai wanita mengandung makan berlebihan kerana selera mereka meningkat ketika hamil. Ini menyebabkan mereka mengalami masalah darah tinggi. Penyakit jangkitan kuman di saluran perkencingan juga perlu mendapat perhatian di peringkat awal kerana jika tidak dikawal ia boleh merosakkan buah pinggang dan seterusnya menyebabkan penyakit darah tinggi. Ada kepercayaan jika pengambilan garam dalam makanan dapat dikurangkan, ia boleh menjauhkan penyakit darah tinggi. Sebenarnya tidak ada bukti khusus dan mutlak bagi kepercayaan tersebut. Saya tidak menghadkan pengambilan garam kepada penghidap darah tinggi ketika mereka hamil. (sumber hamidarshat.com)

4 comments:

  1. mmg sseksa ada mslh drh tinggi ni..sekali ade je,next preggy biasa ade lg..huhu

    ReplyDelete
  2. Msalah sy BP naik hati berdebar2 saat cek bp klinik kerjaan..xthu la nape..mencanak canak naiknya..doc ckp Nadi laju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la..de tip x? bila nk strt cek bp je,jantung tibe2 jd laju.. bila cek kt uma ok je bp.

      Delete