Tuesday 31 July 2012

LANGSIR OH LANGSIR : Part 2

Bismillah


Ok.. kita sambung entry pasal cerita langsir raya aku...adakah berjaya aku menjahitnyer.. alhamdulillah.. berjaya la sikit.. cuma masa mula2 aku stat jahit tu.. aku tak pandai guna mesin jahit manual kepunyaan mak mertua aku. tu yg dia bising sikit sebab aku jahit jadi senget benget,,, biasalah.. tangan tak pernah menjahit... tetibe nak jahit langsir yang kain die satin campur silk.. mana x senget sampai ke laut,,, hahah.. last2.. mak mertua aku yang jahitkan langsir pintu rumah aku sebanyak 4 keping sbb die tak sanggup tgok aku jahit jadi mcmtu.....huhuu.. sadis tol.. tapi bila malam aku berfikir... mana bole jadi ni.. aku kene usaha jugak jahit sendiri untuk tingkap rumah yang ada lagi 10 keping tu.. ha.. banyak nyer...

Akhirnya aku membuat keputusan untuk pulang ke rumah my bonda di ampang untuk sambung kerja-kerja menjahit ni.. sebab mak aku ada mesin jahit semi auto.. senang sikit kan.. xpayah nak control tangan n kaki la bagai.. tekan je moto letrik tu... terus jalan... so alhamdulillah.. setakat 11 ramadhan aku dah berjaya siapkan 6 keping langsir di rumah mak aku.. dan semalam aku pulang aku angkut skali mesin jahit mak aku bawak balik jb... seronok bila berjaya jahit sendiri... yeay... (tapi tetap tak kemas lagi yea.. kene baiki lagi..).. so aku akan teruskan perjuangan menjahit langsir ini sehingga aku berjaya menggantungkan ia... dan baru aku rasa puas.. puas,,, dengan hasil tangan sendiri... alhamdulillah...




ni la mesin jahit semi auto mak aku.. lama giler x guna... dah berhabokkk


bende ni la yang menguji kesabaran.. nak setting jarum pastu nak claim keliling bagi lurus je langsir ni.. 

 banyak nyerrr hook tape aku beli... mcm nak amik tempahan langsir.. APTB... xpe.. guna tahun depan..
eh.... sibuk ngn langsir.. anak aku mana...



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-
eh,,, irfan main golek2 la.. hehehhehehhe....thank u dear sbb tak buat perangai masa ibu menjahit.. hehehehe



Wednesday 25 July 2012

Sleeping Beauty

Bismillah


Di waktu pagi yang mendung ni nak bercerita pasal tido pulak.. alahai.. mengantuk nyer waktu2 puasa ni.. apa pon tak bole... bila tido ni muka macam kiut miut je.. sape?? aku.. tentula tidak kiut!!!! hubby aku?? uargh.. comel cikit la... tapi yang paling comel semasa tido tentulah Muhammad Irfan Asyraf.. wah.. entry asyik nak memuji anak je kan.. mestilah... bak kata abg nara dalam blog die bila kita ada anak automatik anak kita la yang akan jadi anak paling comel di dunia... ngeeeee... senyum beso....:))).. Irfan kalo tido sekarang ni macam budak besar.. baru nak masuk 5 bulan tapi tido dah macam2 posisi... tapi aku memang suke tengok die tdo... nampak suci dan murni.. 










Irfan tak boleh dikategorikan sebagai sleeping beauty ok... tapi sleeping handsome... erk.. x sesuai la... takpelah yang penting awak sangat kacak bila tdo.. heheehehehe



Monday 23 July 2012

LANGSIR OH LANGSIR : Part 1

Bismillah


Alhamdulillah.. dh 3 ramadhan hari ni... aku pon menjadi terlalu sibuk menjelang ramadhan ni.. mana x nyer.. dengan sibuk nak uruskan makan minum suami, di mana masa yang sama hal rumah jugak perlu diuruskan dan sambil tu berperang dengan si kecik yang dah makin besar makin lasak dan nakal... heeeee... oh.. kadang2 rasa x cukup tangan la.. huhuhuh... Bila dah stat puasa ni.. confirm la x lama lagi nak raya kan.. persediaan pertama tahun ni adalah jahit langsir.. ok... aku nak cuba jahit langsir sendiri... sebab kalo beli mahal kerana rumah aku ada 4 bilik dan 7 panel tingkap.. jeng jeng jeng.. banyak kan...tapi berjaya ke aku nak jahit sendiri.. sebab potong langsir pon merangkak2 lagi.. ada yang senget.. hadoi.. tangan xde seni la ko ni ana.. tapi demi nak nmpak rumah tu lawo... kene la usaha... so aku nak share langsir yg aku dh beli n dah potong





 Beli kat nagoya 1m RM 4.00

 Bole ke guna tape kt site ni... hahhaha

 Ok... dah siap potong



Berjaya ke tidak nak jahit sendiri ni?? tunggu.... entry seterusnya.. heeeee



Friday 13 July 2012

Ayatul Kursi : Khasiat Dan Kelebihannya.



Bismillah

Di pagi jumaat yang barakah ini.. mari kita meneliti, mengamati,  dan melihat khasiat, kebaikan dan keajaiban penghulu segala ayat ni.. Semoga semua di bawah lindunganNya... aminn...

Khasiat Ayat Kursi


Ayat Kursi.jpg
Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)







Monday 9 July 2012

Die Dah Pandai Meniarap

Bismillah


Alhamdulillah.. riang ria hati si ibu yang baru pulang dari kursus bila tengok anak membesar.. yer.. hatiku sangat bahagia bila balik jer mak metua aku cakap irfan dh pandai meniarap sendiri tanpa bantuan sesiapa... suke sangat.. aku pun jadi si *jakun* yang asyik tgok anak aku meniarap je.. sabo je la.. hehehhehe.... tapi bila aku balik irfan tak kesah pon tgok aku mcm tak rndu je kt ibu die...huhuhuh... biasalah budak tak susu badan mmg tak heran pon... hehehehehhe...  layan pic si irfan yang riang ria ni...









Tapi bila dah meniarap ni.. die plak asyik nak angkat punggung.. nak ngesot.. ok.. kami suami isteri semakin penat sbb bila irfan meniarap je pastu dh boring nangis... pastu tak dapat meniarap nangis... oh anak... hanya menangis aje kamu yer.. xpela... selamat melalui cabaran membesarkan anak yer pn anna dan en fadzli... heeee :)))


Monday 2 July 2012

Family Planning

Bismillah


Entry kali ni nak cerita pasal family planning atau lebih dikenali dengan kaedah perancang keluarga.. "kenapa la nak rancang2 anak ni kan.. kalo ada rezeki terima aje la.." itu kata orang tua2 la.. aku pon dengar macam suke je... yela.. siapa xnk anak ramai kan.. kalo dapat anak lagi  alhamdulillah.. akan tetapi aku dan suami tetap kene planning sebab... sebab... aku operation.. masih tak boleh nak mengandung dalam masa 2 tahun ni... kenapa yer.. doktor bagitau sbb luka perut tu tak sembuh sepenuhnya.. tapi banyak je mommies yang caesar anak x sampai setahun mengandung lagi ok jer... selamat je delivered.. sebab itulah aku kata beranak ni ketentuan Allah.. apa apa pun boleh terjadi.. setiap orang berbeza..


Hari tu masa kenduri aqiqah irfan pon ramai yg tanyer... 
"x amik perancang ke...?"
 "hais ko ni jgn nak ngandung lg.. ko tu operation"
"rancang sendiri??? jgn terlajak sudah yer..ko tu subur"
yer.. aku paham pada kalian yang mengambil berat.. terima kasih yer semua...


sebab itu la aku dan suami dah bertekad untuk mengambil perancang keluarga kaedah suntikan hormon.. ala yang amik 3 bulan or 2 bulan sekali tu.. aku nak share jugak tentang kaedah perancang keluarga yang lain..


 1.– Pil perancang keluarga

Terdapat 2 jenis pil perancang kelaurga iaitu sejenis pil yang mengandungi 2 jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron manakala sejenis lagi mengandungi 1 jenis hormon sahaja iaitu progesteron. Pil yang mengandungi sejenis hormon selamat digunakan sewaktu ibu tersebut menyusukan anaknya.

Pil perancang berkesan sekiranya dimakan sewaktu haid bermula setiap hari selama 21 hari, kemudian berhenti untuk 7 hari di mana haid akan keluar pada masa tersebut. Pengambilan ubat perlulah setiap hari serta pada masa yang sama agar paras hormon tersebut di dalam badan adalah konsisten bagi mengelakkan risiko mengandung. Sekiranya pengambilan ubat adalah betul, risiko hamil adalah serendah 0.3%. Pengguna kaedah ini akan kembali subur apabila seseorang wanita itu berhenti mengambil pil perancang keluarga.

KOMEN :
Pil perancang jenama Mercillon adalah antara produk yang bagus pada pengujung tahun 90an, tetapi menurut sesetengah individu setelah pengambilan pil, mereka mendapati berat badan tidak konsisten, mood tidak menentu dan kurang bernafsu terhadap hubungan intim. Walau bagaimanapun, kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan kurang RM20.00 sekotak.

Pil perancang jenama Diane 35 amat terkenal untuk kesihatan kulit. Pengguna akan mendapati kulit muka akan kurang berminyak atau tiada minyak langsung, bintik-bintik hitam atau jeragat dan jerawat (juga jerawat teruk) di muka juga boleh pudar dan menghilang. Sesetengah individu mendapati pil ini tidak menyebabkan berat badan bertambah, tiada kesan mual, pening atau loya akibat pengambilannya. Boleh juga diambil oleh wanita yang mengalami hirsutism (muka ada misai dan berbulu banyak). Kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan RM35-40.00 sekotak.

Pil perancang jenama Yasmin paling bagus untuk sesetengah individu kerana dikatakan pengguna pil ini tidak mempunyai masalah berat badad, tidak mengganggu mood dan pengguna ‘berselera’ terhadap hubungan seksual (tiada masalah kurang libido). Kedatangan haid adalah tepat pada setiap bulan. Namun harganya sedikit tinggi daripada dua pil yang disebutkan di atas iaitu dalam lingkungan RM40-55.00 sekotak.

Apapun jenama yang menjadi pilihan anda, perlu diingatkan kesan sampingan daripada mengambil pil ini bergantung pada individu. Ini bermakna lain orang, lain kesan sampingan yang akan diterima. Badan juga akan mengambil masa sebulan dua untuk membuat penyesuaian terhadap pil yang diambil, jadi dua bulan selepas pengambilan pil, barulah pengguna akan dapat rasakan sama ada pil yang diambil sesuai atau tidak dengan badan masing-masing.

Sekiranya pengambilan sudah lebih daripada 3 bulan tetapi pengguna masih mengalami muntah yang teruk atau pening, besar kemungkinan besar pil itu tidak bersesuaian dengan badan. Cuba tukar kepada jenama lain jika masih mahu terus mengambil pil perancang.

2 – Suntikan hormon 

Suntikan juga mengandungi sejenis hormon dan ia juga boleh diberi pada wanita yang menyusukan anaknya. Suntikan perlu diambil setiap dua atau tiga bulan sekali, bergantung kepada jenis suntikan dipilih.

Keberkesanan kaedah ini bagi mengelakkan hamil adalah tinggi iaitu 99.7%. Kelebihan kaedah ini adalah wanita tidak perlu mengingati untuk mengambilnya setiap hari seperti pil dan amat berkesan bagi wanita yang berkerjaya serta sering outstation.

Tapi perlu diingatkan, penggunaan kaedah berhormon boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

KOMEN :
Suntikan hormon ‘Ðepo Provera’, boleh diambil 3 bulan sekali di klinik swasta. Kesan sampingan yang dilaporkan oleh pengguna selepas pengambilan suntikan ini termasuklah pening dan mood tidak menentu. Bagi sesetengah kes, kedatangan haid tiada langsung sepanjang suntikan diambil. Ia juga dilaporkan menyebabkan pengguna kurang bernafsu kepada hubungan seksual. Harga sekali suntikan dalam lingkungan RM35-40.00.

3 – Implan

Implan adalah kaedah yang mempunyai keberkesanan 99.9% bagi pencegahan kehamilan. Kaedah ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan kemudian perlu dikeluarkan. Kaedah ini juga menggunakan satu jenis hormon dan sesuai bagi ibu menyusukan anaknya.

Penggunaan kaedah ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

KOMEN :
Hampir tiada komen yang negatif tentang impan yang saya dengari. Cuma ada yang meluahkan kebimbangan apabila tiba masanya untuk dikeluarkan kerana dikatakan perlu menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan impan sebesar batang mancis.

4 – Kaedah kecemasan

Kaedah ini digunakan apabila kaedah lain tidak digunakan dan pasangan suami isteri tersebut tidak bersedia untuk mengandung, sedangkan hubungan seks tanpa perlindungan telah dilakukan. Ðengan ini, pil perancang keluarga kecemasan ini bolehlah diambil selepas bersama dalam masa 72 jam pertama.

KOMEN :
Pil yang biasa dijual adalah jenama Postinor 2. Ia juga popular dengan nama ‘emergency contraceptive’ atau ‘morning after pil’. Bagi sesetengah kes rogol, mangsa akan dinasihatkan mengambil pil ini kerana ia mampu mengelakkan mangsa daripada hamil akibat dirogol.

Ðalam tiap kotak ada 2 biji dan dikatakan boleh diambil sebanyak 4 biji sahaja dalam masa sebulan. Adalah penting pil pertama diambil dalamasa 48 jam selepas bersama dan pil kedua perlu diambil dalamasa 12 jam selepas pil pertama diambil (kena lengkapkan pengambilan pil dalamasa 72jam). Pil ini akan menyebabkan kedatangan haid sedikit ‘lari’ daripada biasa.

Kaedah tanpa hormon

Kaedah perancang keluarga yang tidak mengandungi hormon termasuklah alat dalam rahim (IUCÐ), kondom, diafragma dan kaedah kekal seperti bilateral tubal ligation (BTL) atau vasectomy.

1 – Alat dalam rahim (Multiload copper IUCÐ)

Adalah kaedah perancang keluarga yang boleh digunakan selama tiga tahun dan selepas tempoh tersebut ia perlu dikeluarkan. Alat ini selamat digunakan untuk ibu menyusukan badan disebabkan tiada hormon di dalamnya. Keberkesanan kaedah ini adalah 99.4%. selain itu, kitaran haid juga tidak terjejas disebabkan tiada penggunaan hormon.

2 – Kondom

Kaedah ini boleh didapati dengan mudah dan salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu melakukan hubungan seks. Ia juga boleh mengelakkan penyakit jangkitan kelamin. Sebelum menggunakannya, pemakai perlu memeriksa tarikh luput, meneliti sebarang kebocoran, serta Pemasangan yang betul perlu diambil kira untuk memastikan kaedah ini berkesan. Risiko kehamilah dengan kaedah ini adalah 2%.

3 – Ðiafragma

Sejenis kaedah halangan oleh golongan wanita di mana ia menutupi bahagian serviks. Kaedah ini kurang mendapat sambutan disebabkan kaedah penggunaannya. Wanita perlu memasukkan sendiri ke dalam faraj dan meletakkannya di tempat yang betul. Risiko kehamilan dengan kaedah ini juga adalah tinggi iaitu 5%.


(sumber dari google)


Aku amik kaedah no 2.Bila dah amik perancang ni ramai la og cakap.. ala rancang sendiri je.. nanti amik perancang ni badan naik la.. emosi tak stabil la.. macam2.. tapi aku cuba la dulu... mana tau ok kan... sbb aku x berani nak amik risiko pregnant lagi sebab trauma yang dulu masih ada.. ngeh ngeh ngeh.. insyaAllah bila tiba saat nanti.. irfan akan ada adik tapi bukan tahun ni bukan tahun depan.. tggu ibu n papa dah puas manja ngn irfan ok.. :))