Monday, 2 July 2012

Family Planning

Bismillah


Entry kali ni nak cerita pasal family planning atau lebih dikenali dengan kaedah perancang keluarga.. "kenapa la nak rancang2 anak ni kan.. kalo ada rezeki terima aje la.." itu kata orang tua2 la.. aku pon dengar macam suke je... yela.. siapa xnk anak ramai kan.. kalo dapat anak lagi  alhamdulillah.. akan tetapi aku dan suami tetap kene planning sebab... sebab... aku operation.. masih tak boleh nak mengandung dalam masa 2 tahun ni... kenapa yer.. doktor bagitau sbb luka perut tu tak sembuh sepenuhnya.. tapi banyak je mommies yang caesar anak x sampai setahun mengandung lagi ok jer... selamat je delivered.. sebab itulah aku kata beranak ni ketentuan Allah.. apa apa pun boleh terjadi.. setiap orang berbeza..


Hari tu masa kenduri aqiqah irfan pon ramai yg tanyer... 
"x amik perancang ke...?"
 "hais ko ni jgn nak ngandung lg.. ko tu operation"
"rancang sendiri??? jgn terlajak sudah yer..ko tu subur"
yer.. aku paham pada kalian yang mengambil berat.. terima kasih yer semua...


sebab itu la aku dan suami dah bertekad untuk mengambil perancang keluarga kaedah suntikan hormon.. ala yang amik 3 bulan or 2 bulan sekali tu.. aku nak share jugak tentang kaedah perancang keluarga yang lain..


 1.– Pil perancang keluarga

Terdapat 2 jenis pil perancang kelaurga iaitu sejenis pil yang mengandungi 2 jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron manakala sejenis lagi mengandungi 1 jenis hormon sahaja iaitu progesteron. Pil yang mengandungi sejenis hormon selamat digunakan sewaktu ibu tersebut menyusukan anaknya.

Pil perancang berkesan sekiranya dimakan sewaktu haid bermula setiap hari selama 21 hari, kemudian berhenti untuk 7 hari di mana haid akan keluar pada masa tersebut. Pengambilan ubat perlulah setiap hari serta pada masa yang sama agar paras hormon tersebut di dalam badan adalah konsisten bagi mengelakkan risiko mengandung. Sekiranya pengambilan ubat adalah betul, risiko hamil adalah serendah 0.3%. Pengguna kaedah ini akan kembali subur apabila seseorang wanita itu berhenti mengambil pil perancang keluarga.

KOMEN :
Pil perancang jenama Mercillon adalah antara produk yang bagus pada pengujung tahun 90an, tetapi menurut sesetengah individu setelah pengambilan pil, mereka mendapati berat badan tidak konsisten, mood tidak menentu dan kurang bernafsu terhadap hubungan intim. Walau bagaimanapun, kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan kurang RM20.00 sekotak.

Pil perancang jenama Diane 35 amat terkenal untuk kesihatan kulit. Pengguna akan mendapati kulit muka akan kurang berminyak atau tiada minyak langsung, bintik-bintik hitam atau jeragat dan jerawat (juga jerawat teruk) di muka juga boleh pudar dan menghilang. Sesetengah individu mendapati pil ini tidak menyebabkan berat badan bertambah, tiada kesan mual, pening atau loya akibat pengambilannya. Boleh juga diambil oleh wanita yang mengalami hirsutism (muka ada misai dan berbulu banyak). Kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan RM35-40.00 sekotak.

Pil perancang jenama Yasmin paling bagus untuk sesetengah individu kerana dikatakan pengguna pil ini tidak mempunyai masalah berat badad, tidak mengganggu mood dan pengguna ‘berselera’ terhadap hubungan seksual (tiada masalah kurang libido). Kedatangan haid adalah tepat pada setiap bulan. Namun harganya sedikit tinggi daripada dua pil yang disebutkan di atas iaitu dalam lingkungan RM40-55.00 sekotak.

Apapun jenama yang menjadi pilihan anda, perlu diingatkan kesan sampingan daripada mengambil pil ini bergantung pada individu. Ini bermakna lain orang, lain kesan sampingan yang akan diterima. Badan juga akan mengambil masa sebulan dua untuk membuat penyesuaian terhadap pil yang diambil, jadi dua bulan selepas pengambilan pil, barulah pengguna akan dapat rasakan sama ada pil yang diambil sesuai atau tidak dengan badan masing-masing.

Sekiranya pengambilan sudah lebih daripada 3 bulan tetapi pengguna masih mengalami muntah yang teruk atau pening, besar kemungkinan besar pil itu tidak bersesuaian dengan badan. Cuba tukar kepada jenama lain jika masih mahu terus mengambil pil perancang.

2 – Suntikan hormon 

Suntikan juga mengandungi sejenis hormon dan ia juga boleh diberi pada wanita yang menyusukan anaknya. Suntikan perlu diambil setiap dua atau tiga bulan sekali, bergantung kepada jenis suntikan dipilih.

Keberkesanan kaedah ini bagi mengelakkan hamil adalah tinggi iaitu 99.7%. Kelebihan kaedah ini adalah wanita tidak perlu mengingati untuk mengambilnya setiap hari seperti pil dan amat berkesan bagi wanita yang berkerjaya serta sering outstation.

Tapi perlu diingatkan, penggunaan kaedah berhormon boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

KOMEN :
Suntikan hormon ‘Ðepo Provera’, boleh diambil 3 bulan sekali di klinik swasta. Kesan sampingan yang dilaporkan oleh pengguna selepas pengambilan suntikan ini termasuklah pening dan mood tidak menentu. Bagi sesetengah kes, kedatangan haid tiada langsung sepanjang suntikan diambil. Ia juga dilaporkan menyebabkan pengguna kurang bernafsu kepada hubungan seksual. Harga sekali suntikan dalam lingkungan RM35-40.00.

3 – Implan

Implan adalah kaedah yang mempunyai keberkesanan 99.9% bagi pencegahan kehamilan. Kaedah ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan kemudian perlu dikeluarkan. Kaedah ini juga menggunakan satu jenis hormon dan sesuai bagi ibu menyusukan anaknya.

Penggunaan kaedah ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

KOMEN :
Hampir tiada komen yang negatif tentang impan yang saya dengari. Cuma ada yang meluahkan kebimbangan apabila tiba masanya untuk dikeluarkan kerana dikatakan perlu menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan impan sebesar batang mancis.

4 – Kaedah kecemasan

Kaedah ini digunakan apabila kaedah lain tidak digunakan dan pasangan suami isteri tersebut tidak bersedia untuk mengandung, sedangkan hubungan seks tanpa perlindungan telah dilakukan. Ðengan ini, pil perancang keluarga kecemasan ini bolehlah diambil selepas bersama dalam masa 72 jam pertama.

KOMEN :
Pil yang biasa dijual adalah jenama Postinor 2. Ia juga popular dengan nama ‘emergency contraceptive’ atau ‘morning after pil’. Bagi sesetengah kes rogol, mangsa akan dinasihatkan mengambil pil ini kerana ia mampu mengelakkan mangsa daripada hamil akibat dirogol.

Ðalam tiap kotak ada 2 biji dan dikatakan boleh diambil sebanyak 4 biji sahaja dalam masa sebulan. Adalah penting pil pertama diambil dalamasa 48 jam selepas bersama dan pil kedua perlu diambil dalamasa 12 jam selepas pil pertama diambil (kena lengkapkan pengambilan pil dalamasa 72jam). Pil ini akan menyebabkan kedatangan haid sedikit ‘lari’ daripada biasa.

Kaedah tanpa hormon

Kaedah perancang keluarga yang tidak mengandungi hormon termasuklah alat dalam rahim (IUCÐ), kondom, diafragma dan kaedah kekal seperti bilateral tubal ligation (BTL) atau vasectomy.

1 – Alat dalam rahim (Multiload copper IUCÐ)

Adalah kaedah perancang keluarga yang boleh digunakan selama tiga tahun dan selepas tempoh tersebut ia perlu dikeluarkan. Alat ini selamat digunakan untuk ibu menyusukan badan disebabkan tiada hormon di dalamnya. Keberkesanan kaedah ini adalah 99.4%. selain itu, kitaran haid juga tidak terjejas disebabkan tiada penggunaan hormon.

2 – Kondom

Kaedah ini boleh didapati dengan mudah dan salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu melakukan hubungan seks. Ia juga boleh mengelakkan penyakit jangkitan kelamin. Sebelum menggunakannya, pemakai perlu memeriksa tarikh luput, meneliti sebarang kebocoran, serta Pemasangan yang betul perlu diambil kira untuk memastikan kaedah ini berkesan. Risiko kehamilah dengan kaedah ini adalah 2%.

3 – Ðiafragma

Sejenis kaedah halangan oleh golongan wanita di mana ia menutupi bahagian serviks. Kaedah ini kurang mendapat sambutan disebabkan kaedah penggunaannya. Wanita perlu memasukkan sendiri ke dalam faraj dan meletakkannya di tempat yang betul. Risiko kehamilan dengan kaedah ini juga adalah tinggi iaitu 5%.


(sumber dari google)


Aku amik kaedah no 2.Bila dah amik perancang ni ramai la og cakap.. ala rancang sendiri je.. nanti amik perancang ni badan naik la.. emosi tak stabil la.. macam2.. tapi aku cuba la dulu... mana tau ok kan... sbb aku x berani nak amik risiko pregnant lagi sebab trauma yang dulu masih ada.. ngeh ngeh ngeh.. insyaAllah bila tiba saat nanti.. irfan akan ada adik tapi bukan tahun ni bukan tahun depan.. tggu ibu n papa dah puas manja ngn irfan ok.. :))














1 comment:

  1. saya rancang sendiri je..ikut jadual period.
    risau gak kalau tersalah kira tarikhnya!!

    ReplyDelete