hari ni mcm biasa.. ke klinik lagi... itulah aktiviti aku skg.. aku dan klinik x bole dipisahkan lagi... td jumpe doktor... kalo ikut kalendar.. aku baru 31 minggu tapi kalo ikut besar baby aku dah nak masuk 34 minggu.. wah.. sangat dekat dah due tu.. setakat ni aku dh 3 kali scan baby...
1st scan 25/11/11 :
EDD : 16.2.2012
SEX : BOY
EFW : 980g
2nd scan 05/1/2012 :
EDD : 23.2.2012
SEX : 'TAK NAMPAK' (doc x brani nak jamin boy ke gurl sbb peha baby ibu yg comel ni tertutup rapat)
EFW : 1990g
dan scan yg terbaru
3rd scan 10/1/2012
EDD : 22.2.2012
SEX : BOY
EFW : 2416g Setiap kali scan tarikh deliver adalah berbeza kan.. namun khalifah kecilku ini membesar dengan baik...ALHAMDULILLAH... syukran Ya Allah... seronoknya tngok anak membesar dalam perut.. inilah nikmat Allah yang tak terkata indahnya... sekarang ni kene standby nama dah ni... kalo boy nak letak nama apa.. kalo gurl?? eh.. bukan scan tu dah nampak boy ke.. InsyaAllah.. Hanya kuasa Tuhan sahaja boleh menentukan segalanya.. lelaki atau perempuan ia adalah anugerah terindah buat aku...Antara nama- nama pilihan aku ialah:
LELAKI
1. Mohd Irfan Asyraf - bijaksana, bersyukur dan mulia
2. Mohd Aqil Fikri - berakal, bijaksana, dan berfikir
3. Mohd Iffat Hamdani - Sopan, sederhana dan terpuji
PEREMPUAN
1. Nur Ain Zulaikha - Cahaya mata cantik
2. Nur Aisya Humaira - Cahaya kebahagiaan berpipi merah
3. Nur Aimi Saffiya - Cahaya keberkatan
oklah 3 dulu.. tp aku sgt suka nama irfan.. hari2 panggil baby dalam perut ni irfan.. hehehehe... ibu x sabar nak bsama kamu sayang... moga kelahiran kamu ini menyerikan lagi keluarga ini.. mjadi permata hati keluarga... menjadi anak yang soleh dan solehah.. amin...
alaaaaa..syokknye nak ade baby..haishh kene usaha keras lagi ni..hihi...ana doakan aku cepat dapat baby yer..
ReplyDeletehhehehe.. mestilah aku doakan kawan2.. usaha sekeras2nya tau.. insyaAllah berjaya... :)
ReplyDelete