Friday, 15 June 2012

Sangat Berbeza

Bismillah


Di hari jumaat yang indah ni... hati rasa tenang je.. namun kadang2 rasa sayu.. lagi2 lepas baca yasin bersama rakan2 pejabat pagi tadi. Bila baca ayat suci ni.. air mata nak mengalir jer sebab teringat peristiwa paling perit dan ngeri dalam hidup aku iaitu bersalin.. Mungkin tak semua orang melalui pengalaman yang sama. Tapi bagi aku.. ia sangat2 menggetarkan tapi disebalik kesulitan bersalin itu Allah menggantikan dengan keriangan hati di masa hadapan iaitu mendapat cahayamata yang menjadi pelengkap keluarga.. Ok.. itu hanya mukaddimah.. sekarang ni aku nak citer pasal berbezanya bersalin di hospital kerajaan dan hospital swasta..


Bagi sesetengah ibu.. sama je even bersalin kat gov or private.. Sakit tetap sama.. ok aku setuju.. memang sakit tu sama jer..tapi pendapat aku la.. suasana juga memainkan peranan untuk kite bertenang menghadapi kesakitan tu.. Aku bersalin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. So far layanan dekat wad memang bagus sebab aku dapat masuk wad 1st class. ok la.. cume.... dekat labour room je yang merana ckit.. untuk pengetahuan.. kalo kat gov ni labour room sama je wlupon kte dok kelas 1,2 or 3.. ok... aku ni dahla bersalin anak 1st.. xd pengalaman.. bile masuk labour room tu die boleh biar je aku berjam jam.. dengan sakit lagi.. die hanya masuk 1 jam sekali jer.. Ya Allah.. peritnya rasa.. dah la HSA ni tak benarkan suami masuk. kalo hospital ampang boleh je suami masuk.. Suami penting ya untuk ada disisi sebab bila suami tu ada masa kita sakit semangat nak keluarkan anak ni jadi lain.. Tapi suami aku x dapat masuk..daripada pukul 10 pagi sampai kul 6 petang doktor pakar tengok aku dah lembik sangat baru die panggil husband aku masuk itupun bape minit je.. sangat stress ok..

Ok.. itu 1 hal.. lepas aku dh operation.. aku mengalami infection dekat jahitan aku atau medical term die og sebut 'womb breakdown'.. Peh.. jahit terbukak beb.. bayangkanlah.. macam mana dorg buat keje.. bile aku masuk wad balik.. doktor tu sndiri tak boleh menafikan yang ini risiko caesar. sebab dorang jahit 8 minit sahaja... jahitan perut yang ada 3 lapis tu hanya 8 minit die jahit.. aku jahit butang baju yang sebijik pon dh 10 minit.. Haih.. apalah nasib...tapi mungkin masa pantang tu aku terlalu lasak sbb anak aku lepas kuar meragam malam2.. mungkin aku tido x jaga, angkat benda berat plak.. so jadilah macam tu...dah takdir.. last2 buat treatment kat hospital gov berminggu2, jahitan tu still x pulih... masa berpantang running ni.. nanti silap2 masuk keje perut ternganga lagi.. adoi.. akhirnya aku n husband decided untuk pergi ke klinik pakar bersalin wanita.. bila buat treatment, die letak ubat 4 hari je dh cantum balik.. Alhamdulillah.. nampak sangat beza macam mana hospital gov n swasta buat keje kan..


So kepada kawan2.. sila lah buat pilihan yang tepat untuk delivered yer.. bukan demand ke ape.. tapi 80% ibu2 yang bersalin kat hospital kerajaan banyak yang merana cuma lain2 kes jer.. aku memang dah serik dan takut sangat. takpe kalo habis duit ckit yang penting kita sihat dan tak mengalami sebarang komplikasi selepas bersalin. Tapi bila merenung sejenak apa yang terjadi mungkin inilah balasan Allah terhadap dosa dosa aku. Bersalin tak semudah yang disangka dan keperitan dan kesakitan tu tak boleh nak huraikan. Bila tengok anak tido.. sayu, pilu mengenangkan saat nak keluarkan die. Tapi bile dah besar sikit ada jugak perasaan ni nak anak lagi tapi sabarlah.. diriku perlu sihat dan gagah untuk melahirkan khalifah Allah...next time anak no 2 memang aku akan bersalin di chinese maternity atau pakar puteri.. sbb aku 60 40 untuk kelahiran secara caesar.... dan aku xnak amik risiko womb breakdown lagi... InsyaAllah segalanya dipermudahkan nanti....Namun.. aku bersyukur atas apa yang Allah berikan. Sekarang ini tiada ape yang lebih berkuasa selain..


THE POWER OF D'OA....INSYAALLAH



3 comments:

  1. Salam kenal...saje je goggle utk baca pengalaman org bersalin di HSA...nmpk blog awak..hehe..ngeri gak awak nyer experince..saya pon c-sect jugak 1st baby...tpi hospital kajang..asal dari kl jgk mcm awak...dan menetap kat JB follow asben...now baca experience org bersalin HSA & HSI for future refence...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam myra qhairel.. sy baru baca komen awk ni... eh samala kita asal dari kl.. tu la mcm ngeri kan.. tapi setiap orang pengalaman berbeza kena berdoa banyak masa mengamdung supaya proses bersalin dipermudahkan.. :)

      Delete
  2. Tumpang iklan admin. Terima kasih.
    Urutan Tradisional Selepas Bersalin Di Rumah
    (Kawasan : Johor Bahru, Larkin, Tampoi, Pandan, Pasir Gudang)
    PERCUMA! BENGKUNG MODEN 3IN 1
    PAKEJ 3 HARI : RM400
    PAKEJ 5 HARI : RM650
    PAKEJ 7 HARI : RM900
    Pakej : Urutan, Param, Pilis, Tapel Perut, Tungku
    Urutan Tradisional Kesihatan juga ada.
    Hubungi : MELOR 016-7744127

    ReplyDelete