Thursday, 7 January 2016

Im Officially 32 weeks...

Bismillahirrahmanirrahim

Welcome 2016..
Hampir 1 tahun 5 bulan aku tidak menulis apa2 entry dalam ini.. dan zero entry pada 2015.. adakah hidupku suram pada tahun itu??  Tidak sama sekali kerana tahun lepas adalah tahun yang paling sibuk buat aku dan keluarga kerana dengan kekangan kerja dan dalam persiapan menanti ahli baru...

Yerrrrr... ahli baru.. anak lagi? Yup.. tapi jangan tanya macam tu sebab bukan tiap2 tahun aku beranak hokey.. baby irfan asyraf kini dah tak berapa nak baby sebab he getting 4th this year.. dan aku sudah berada di 32 minggu fasa kehamilan.. alhamdulillah.. semoga semuanya dipermudahkan Allah...


ULTRASOUND 27 WEEKS

hi there!!! baby A is here... i feel so comfortable in my mom womb.. can't wait to see papa n abg also... 

Semoga Allah permudahkan segala urusan.. kawan2 doakan untuk saya dan baby yer.. jumpe lagi di next entry...

P/S : harap2 dapat la update sekurang kurang nya 10 post sebelum delivered... chaiyookkkk ana.. :)



Thursday, 5 June 2014

Rumah Pertamaku

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.. long time no wrote... kali ni entry nak citer pasal rumah pertama aku n family.. alhamdulillah.. aku tak sangka boleh dapat rumah yang lebih dari aku impikan... sebelum ni kami sekeluarga duduk di kuarters kerajaan taman nusantara kt gelang patah tapi alhamdulillah en suami cuba apply rumah under SUK (pejabat setiausaha kerajaan negeri) Johor kat Setiia Eco Garden.

Masa mula2 husband apply aku macam tak confident la nak dapat.. mana taknya.. rumah tu under SUK... dijual murah oleh pemaju... harga ni memang tak dapat kalo kita beli sendiri dengan pemaju tanpa melalui SUK..so bila dah murah ramai la orang yang akan mohon.. husband mohon pon bulan 9 tahun 2012.. dah lama dah.. Harga rumah 139k dengan keluasan 18 kaki X 60 kaki.. dan yang paling best double storrey.. dua tingkat tu... agak2 kalo beli rumah kt kl pon rumah bawah tak dapat dh.. apartment pon dh makan 200-300k.. erm... boleh dapat ke...

Tiba tiba masa awal februari husband bgtau die dh dapat rumah tu.. aku macam tercengang.. macam tak percaya.. dan yang paling terkejut die orang pertama yang dapat 'sijil layak memiliki rumah' wachaaaaa!! hati mak berbunga2 la.. apa lagi..  paling best adalah dapat rumah di bawah pembangunan pemaju yang worldwide yakni SP Setia berhad... so boleh tanya mr.google la macam mana performance developer ni kan...


 Inilah contoh replika rumah pertama kami.. Alhamdulillah. Rumah dijangkan siap 2016



Developer



P/S : Alhamdulillah ini semua rezeki yang Allah pinjamkan di dunia ini.. ini juga limpahan rezeki utk my boy Muhammad Irfan Asyraf.. to my sayang,. insyaAllah tak lama lagi sblum awk sekolah dapat la duduk rumah sendiri.. area nusajaya lagi...dan yang paling penting dekat sgt dengan legoland yg awk suke pegi tu.. hihi :))



Tuesday, 11 March 2014

3 Hari Yang Lama

Bismillah

Sewaktu aku menulis ni adalah waktu kebosanan aku menghadap kursus di JKR Kl.. aku menghadiri kursus selama 3 hari di sini

Seronok jugak sebab dapat jumpe ibu n abah serta adik2 tapi aku lagi rindu pada anak bujang aku kat rumah tu.. oh.. cepat lah abis.. nak balik johor..

Miss u irfan asyraf.. miss u my hubby



Tuesday, 7 January 2014

Rezeki Allah Maha Luas

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum,

Yup.. masih wujud lagi aku di sini.. masih belum dapat men 'istiqamah' kan diri dalam penulisan ini.. tahun 2013 sudah berlalu pergi dengan sepantas angin dan muncul pula tahun 2014 yang penuh dinanti.. Alhamdulillah aku dan en hubby dah dinaikkan pangkat daripada Juruteknik Kepada Penolong Jurutera atau dulu2 orang panggil TA... alhamdulillah atas rezeki Allah ni..

Bila dh naik pangkat ni lagi banyak la beban dan tanggungjawab yang perlu dipikul.. InsyaAllah.. bukan mudah nak melalui zaman mencabar ni lagi2 nak uruskan kerjaya nya.. suami, anak dan rumah tangga.. Semoga Allah sentiasa membantu ku.. AMIN ya rabbb..



surat opsyen yang sudah di sign.... hehehe



I LOVE ALLAH, PROPHET MUHAMMAD, HUBBY, SON N EVERYTHING.. ALHAMDULILLAH..


Monday, 11 November 2013

Training Or Swimming

Bismillahirrahmanirrahim...

Entry ni nak story pasal my baby Muhammad Irfan Asyraf yang suka sangat main air... pantang ada kolam mandi.. suka sangat. selalunya kat rumah mandi dalam baby tub die je.. hari tu opis aku ada buat family day kat lotus desaru.. Bercuti kat desaru sangat best.. cuaca pun sangat baik time ktorg bercuti...

lotus desaru ni skali pakej ada waterpark.. so apa lagi.. berendam la anak, mak, dan bapak.. hehehhe.. 



 Mula mula macam takot kan..



 Ni dah ok sikit... tak takut lagi..





Dah tak nak balik pulak nak berendam jer..


Kitorang swim dari pukul 9 pagi smpi kul 11.30 pagi.. ingatkan nak berendam jer tapi cuaca agak panas.. takot badan irfan kalah pulak cuaca panas sejuk ni... takpelah sayang.. next time ibu bawak g swimming k lagipun ini baru training ajer... i wish i could see you be a professional swimmer one day... oh.. make a wish list.. In Shaa Allah..




Tuesday, 24 September 2013

Jiwa Ku Berbunga "Jodoh Itu Milik Kita"

Bismillahirrahmanirrahim

Tetiba pulak hari ni nak update blog pasal drama Jodoh Itu Milik Kita yang sedang ditayangkan di astro mustika hd. Jika tidak silap dah episode 17. Dibintangi Farid Kamil, Tizz Zaqyah, Syazwan Zulkifli dan Nabila Huda.

Bagi aku jalan cerita ni macam biasa jer sebab sebelum ni pun dah banyak drama berkenaan dengan kisah cinta kawin terpaksa, kawin dengan pilihan orang tua dan macam2 jenis kawin la yang tanpa cinta. Tapi drama ni istimewa bagi aku kerana tizz zaqyah yang berlakon. Well, aku adalah peminat tegar pelakon sweet kecil molek ni. Nak dijadikan best lagi Farid Kamil yang romantik tu pulak hero nya.. Membuai buai la feeling mak tengok citer ni.. hahhaha..

Watak Tizz Dalam Drama Nur Kasih

Kalo tak silap aku lah drama terakhir tizz zaqyah yang memberi kesan yang diingati sampai sekarang adalah drama Nur Kasih tahun 2011. Dalam drama ni memang sweet lakonan die dan diulangi semula dengan drama Jodoh itu Milik Kita, lebih kurang sama wataknya. Actually aku sangat berkenan dengan watak Tizz Bertudung.. Sangat Comel dan nampak sangat ciri ciri wanita solehah. Antara drama yang menonjolkan watak tizz bertudung ialah Nur Kasih, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Oh My English ngn Jodoh Itu Milik Kita.. Mungkin ada drama lain tapi yang ni jer aku follow.. hehehhe.




 Sebenarnya Saya Isteri Dia

 Antara Scene Jodoh Itu Milik Kita


Lagu Black - Takkan Terpisah pula menjadi soundtrack sekaligus ia melengkapkan drama romantik ini. Dengan lakonan tizz dan farid yang manja, lakonan syazwan dan abil yang berkesan di jiwa peminat. It's perfect!!!!!.... cepatlah ending... tak sabar tunggu ni...




 Video Klip Takkan Terpisah From Black OST Jodoh Itu Milik Kita







Thursday, 19 September 2013

Doa Keluarga Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim

Mari kita sama sama mengamalkan doa ini untuk kebahagian dunia dan akhirat



amin ya rabbal al amin...