Tuesday 24 September 2013

Jiwa Ku Berbunga "Jodoh Itu Milik Kita"

Bismillahirrahmanirrahim

Tetiba pulak hari ni nak update blog pasal drama Jodoh Itu Milik Kita yang sedang ditayangkan di astro mustika hd. Jika tidak silap dah episode 17. Dibintangi Farid Kamil, Tizz Zaqyah, Syazwan Zulkifli dan Nabila Huda.

Bagi aku jalan cerita ni macam biasa jer sebab sebelum ni pun dah banyak drama berkenaan dengan kisah cinta kawin terpaksa, kawin dengan pilihan orang tua dan macam2 jenis kawin la yang tanpa cinta. Tapi drama ni istimewa bagi aku kerana tizz zaqyah yang berlakon. Well, aku adalah peminat tegar pelakon sweet kecil molek ni. Nak dijadikan best lagi Farid Kamil yang romantik tu pulak hero nya.. Membuai buai la feeling mak tengok citer ni.. hahhaha..

Watak Tizz Dalam Drama Nur Kasih

Kalo tak silap aku lah drama terakhir tizz zaqyah yang memberi kesan yang diingati sampai sekarang adalah drama Nur Kasih tahun 2011. Dalam drama ni memang sweet lakonan die dan diulangi semula dengan drama Jodoh itu Milik Kita, lebih kurang sama wataknya. Actually aku sangat berkenan dengan watak Tizz Bertudung.. Sangat Comel dan nampak sangat ciri ciri wanita solehah. Antara drama yang menonjolkan watak tizz bertudung ialah Nur Kasih, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Oh My English ngn Jodoh Itu Milik Kita.. Mungkin ada drama lain tapi yang ni jer aku follow.. hehehhe.




 Sebenarnya Saya Isteri Dia

 Antara Scene Jodoh Itu Milik Kita


Lagu Black - Takkan Terpisah pula menjadi soundtrack sekaligus ia melengkapkan drama romantik ini. Dengan lakonan tizz dan farid yang manja, lakonan syazwan dan abil yang berkesan di jiwa peminat. It's perfect!!!!!.... cepatlah ending... tak sabar tunggu ni...




 Video Klip Takkan Terpisah From Black OST Jodoh Itu Milik Kita







No comments:

Post a Comment