Thursday, 19 September 2013

Petua : Cubaan Pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni entry nak story sikit pasal petua orang dulu dulu. bila cerita pasal petua ni memang macam macam la kita dengar sebab petua ni amalan orang dulu dulu. bila sakit ke bila demam ke atau apa apa perkara yang terjadi mesti boleh diselesaikan dengan petua. tapi petua ini usaha dari kita sahaja yang menentukan. Allah s.w.t sebab kadang kadang ada petua yang agak mengarut dan tak boleh diguna pakai.

So kali ni aku nak share macam mana nak tangani masalah batuk berkahak menggunakan kaedah bawang putih bakar dan minyak masak. Mungkin ada sahabat yang dah tau benda ni. aku pon dah lama tau tapi baru je 2 3 hari ni nak mencuba. Al kisah nya my sweet little bunny Muhammad Irfan Asyraf dah batuk berkahak hampir 13 hari. Masa mula2 batuk tu tak teruk sangat sebab dia akan batuk malam dan pagi sahaja .Aku dan en suami masih boleh tahan lagi. Tapi bila dh nak masuk 2 minggu kami mula risau. Niat hati ni nak jer pegi klinik tapi rasa berat sebab aku tak nak anak kene consume antibiotik sebab bayi bawah 2 tahun sangat tidak elok utk amik antibiotik melainkan jika ada jangkitan kuman yang serius.

So, aku berborak2 dengan seorang sahabat di opis, beliau la yang share kan petua ni... tq mama yanie for the info.. hehehhe.. aku cuba pada irfan malam semalam.. memang leceh ckit sebab kene bakar pastu lenyek bawang ni smpi hancur then campur ngn ckit minyak masak. Aku sapu kt dada, leher dan belakang badan irfan. Alhamdulillah pagi semalam nampak kurang sikit batuk die. Malam tadi pon aku cuba lagi.. Alhamdulillah dah tak dengar die mendengus masa tido.. tido pon tak tertanggu.. Alhamdulillah.. pagi ni bangun heppy jer die..

Bila kita ingat balik mana datang petua ni, yup mungkin orang dulu dulu dah amalkan, zaman dulu pon mana ada perubatan moden macam sekarang ni, amalan petua macam ni la yang membantu mereka untuk sembuhkan pelbagai penyakit, jadi tak salah untuk kita yang hidup dalam zaman serba moden ni cuba petua orang dulu dulu sekali sekala kan.. untuk kebaikan sekeluarga juga. So next entry jika berkesempatan aku nak share tntang petua petua lain pulak.



Ni antara pic yg aku google. bawang putih


Di bakar bersama kulit


Tumbuk isi smpi hancur dan campur dengan minyak masak




No comments:

Post a Comment