Tuesday, 24 September 2013

Jiwa Ku Berbunga "Jodoh Itu Milik Kita"

Bismillahirrahmanirrahim

Tetiba pulak hari ni nak update blog pasal drama Jodoh Itu Milik Kita yang sedang ditayangkan di astro mustika hd. Jika tidak silap dah episode 17. Dibintangi Farid Kamil, Tizz Zaqyah, Syazwan Zulkifli dan Nabila Huda.

Bagi aku jalan cerita ni macam biasa jer sebab sebelum ni pun dah banyak drama berkenaan dengan kisah cinta kawin terpaksa, kawin dengan pilihan orang tua dan macam2 jenis kawin la yang tanpa cinta. Tapi drama ni istimewa bagi aku kerana tizz zaqyah yang berlakon. Well, aku adalah peminat tegar pelakon sweet kecil molek ni. Nak dijadikan best lagi Farid Kamil yang romantik tu pulak hero nya.. Membuai buai la feeling mak tengok citer ni.. hahhaha..

Watak Tizz Dalam Drama Nur Kasih

Kalo tak silap aku lah drama terakhir tizz zaqyah yang memberi kesan yang diingati sampai sekarang adalah drama Nur Kasih tahun 2011. Dalam drama ni memang sweet lakonan die dan diulangi semula dengan drama Jodoh itu Milik Kita, lebih kurang sama wataknya. Actually aku sangat berkenan dengan watak Tizz Bertudung.. Sangat Comel dan nampak sangat ciri ciri wanita solehah. Antara drama yang menonjolkan watak tizz bertudung ialah Nur Kasih, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Oh My English ngn Jodoh Itu Milik Kita.. Mungkin ada drama lain tapi yang ni jer aku follow.. hehehhe.




 Sebenarnya Saya Isteri Dia

 Antara Scene Jodoh Itu Milik Kita


Lagu Black - Takkan Terpisah pula menjadi soundtrack sekaligus ia melengkapkan drama romantik ini. Dengan lakonan tizz dan farid yang manja, lakonan syazwan dan abil yang berkesan di jiwa peminat. It's perfect!!!!!.... cepatlah ending... tak sabar tunggu ni...




 Video Klip Takkan Terpisah From Black OST Jodoh Itu Milik Kita







Thursday, 19 September 2013

Doa Keluarga Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim

Mari kita sama sama mengamalkan doa ini untuk kebahagian dunia dan akhirat



amin ya rabbal al amin...


Petua : Cubaan Pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni entry nak story sikit pasal petua orang dulu dulu. bila cerita pasal petua ni memang macam macam la kita dengar sebab petua ni amalan orang dulu dulu. bila sakit ke bila demam ke atau apa apa perkara yang terjadi mesti boleh diselesaikan dengan petua. tapi petua ini usaha dari kita sahaja yang menentukan. Allah s.w.t sebab kadang kadang ada petua yang agak mengarut dan tak boleh diguna pakai.

So kali ni aku nak share macam mana nak tangani masalah batuk berkahak menggunakan kaedah bawang putih bakar dan minyak masak. Mungkin ada sahabat yang dah tau benda ni. aku pon dah lama tau tapi baru je 2 3 hari ni nak mencuba. Al kisah nya my sweet little bunny Muhammad Irfan Asyraf dah batuk berkahak hampir 13 hari. Masa mula2 batuk tu tak teruk sangat sebab dia akan batuk malam dan pagi sahaja .Aku dan en suami masih boleh tahan lagi. Tapi bila dh nak masuk 2 minggu kami mula risau. Niat hati ni nak jer pegi klinik tapi rasa berat sebab aku tak nak anak kene consume antibiotik sebab bayi bawah 2 tahun sangat tidak elok utk amik antibiotik melainkan jika ada jangkitan kuman yang serius.

So, aku berborak2 dengan seorang sahabat di opis, beliau la yang share kan petua ni... tq mama yanie for the info.. hehehhe.. aku cuba pada irfan malam semalam.. memang leceh ckit sebab kene bakar pastu lenyek bawang ni smpi hancur then campur ngn ckit minyak masak. Aku sapu kt dada, leher dan belakang badan irfan. Alhamdulillah pagi semalam nampak kurang sikit batuk die. Malam tadi pon aku cuba lagi.. Alhamdulillah dah tak dengar die mendengus masa tido.. tido pon tak tertanggu.. Alhamdulillah.. pagi ni bangun heppy jer die..

Bila kita ingat balik mana datang petua ni, yup mungkin orang dulu dulu dah amalkan, zaman dulu pon mana ada perubatan moden macam sekarang ni, amalan petua macam ni la yang membantu mereka untuk sembuhkan pelbagai penyakit, jadi tak salah untuk kita yang hidup dalam zaman serba moden ni cuba petua orang dulu dulu sekali sekala kan.. untuk kebaikan sekeluarga juga. So next entry jika berkesempatan aku nak share tntang petua petua lain pulak.



Ni antara pic yg aku google. bawang putih


Di bakar bersama kulit


Tumbuk isi smpi hancur dan campur dengan minyak masak




Friday, 13 September 2013

Penat dan Ulser Mulut

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni hari jumaat.. alhamdulillah.. 5 hari kerja.. kerja bukan sebarang kerja... kerja kt pejabat, kerja kat rumah dan yang paling menguji kesabaran adalah kerja di site.. Minggu ni pergi site memang mencabar, memenatkan, meletihkan, melaparkan dan semua 'me' la yang ader.. hahhahah... cuaca pulak hari2 hujan di johor ni.. kepala aku pon jadi hujan panas hujan panas la... haih... sob sob..

Hari selasa hari tu kena ulser mulut.. sampai hari ni pon x baik2 lagi.. macam mana... dah pergi farmasi semalam untuk beli ubat tapi pembantu farmasi tu kata ubat ni mesti sapu 2 atau 3 jam skali dan tak boleh makan makanan bergoreng dah pedas, kalo tak lambat lah nak baik... ok.. aku redha.. dh macam makan og pantang bersalin la pulak kan.. aku ni pantang jumpe.. nak keje pon badan macam nak demam.. 2 3 hari ni kene hujan jer.. ditambah pulak dengan ulser mulut yang menyerang.. ok.. semoga hari ni berlalu dengan cepat dan besok bercuti.. yippiiiiii... irfan... tunggu ibu balikkk.....



Feeling tired..



Cepat lah baik... dh seminggu ni... nak makan pon x bole... (gambar di atas sekadar hiasan)





Monday, 9 September 2013

M.I.F 18 Months

Bismillahirrahmanirrahim..


Dush dush dush!! itulah satu tumbukan ke muka aku kerana tak sempat nak update blog ni.. knape??? biasalh.. kerja dan kerja... itu saje alasan... sampai dh berlalu syawal 2013 barulah berkesempatan nak menyinggah dan mencoret sedikit2 demi sedikit... lepas ni bila lagi nak bercerita.. entah.... harap2 hormon aku akan suka untuk sentiasa menulis..

My son....!!!! dh 18 months.. oh dear.. cepatnya masa berlalu... seronok sangat melayan kerenah.. dh pndai nak berborak2.. dh pndai nak mintak itu ini... kadang2 x terlayan mak ko ni ha... dan ada plak orang sekeliling berkata... "dah beso dh anak ko tu.. die nak kawan" ok.. saya faham maksud itu... namun itu adalah rezeki Allah.. jika ada adalah... jika tiada bagi la masa untuk berehat sambil memulihkan kesihatan luar dan dalam.

Haihhh.. gambo raya pon x sempat nak hupdate.. cukupla kat bawah ni sekeping sebagai pengganti blog yg dh menyepi giler ni.. ahaks... jumpe lagi di entry akan datangggg....




Thursday, 11 July 2013

Ramadhan 2013 : Azam Saya

Bismillah..

Ah Lan Wasahlan Ya Ramadhan...

"Di bulan Ramadhan ini kita diminta oleh Rasulullah SAW untuk berpuasa dengan ihtisaban seperti dalam sabdanya, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuhi keimanan dan ihtisaban, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” 

Alhamdulillah.. sesungguhnya tiada apa yang dapat diungkapkan hanyalah Syukur ke hadrat Allah sekali lagi aku ditemukan dengan bulan mulia, bulan barakah, bulan seribu rahmat dan seribu pengampunan .. bulan ramadhan..Hari ini dah 2 ramadhan... azam saya adalah untuk kumpul pahala... kumpul amal... walaupun tak terbanding dengan dosa yang dibuat... Dan yang paling hendak aku lakukan adalah untuk khatam Al-Quran dalam bulan ini.. InsyAllah... moga Allah permudahkan segalanya.. Semoga ketetapan iman diberi.. semoga segala urusan duniawi tidak mengganggu ibadah.. amin amin.. ya rabbal al amin..

“Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunat (tathawwu’). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezeki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan berbuka  kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikit pun.”




Marilah kita sempurnakan bulan ini sebaik2nya... sebab kita tak tahu samaada bertemu lagi atau tidak di ramadhan akan datang... InsyaAllah... Jom Tadarus dan Selamat Bertarawikh..






Monday, 1 July 2013

16 Months Old

Bismillah

Selamat menulis kembali kepada aku walaupun diri ini tidak istiqamah dalam melakukan penulisan kt blog ni. Niat memang selalu mendahului perkara namun jasad tak dapat melaksanakannya atas tuntutan perkara yang lain. sesungguhnya apa yang kukecapi hari ini, pagi ini dan saat menulis ini adalah perkara yang paling baik dalam hidup. Alhamdulillah.. syukur atas nikmat mu Ya Allah..

Happy 16 months old my dearest baby, my son, Muhammad Irfan Asyraf.. sudah 16 bulan... bukan satu masa yang lama dan bukan juga satu masa yang singkat.. macam2 perkara kami si suami isteri telah lalui bersama si kecil ini. kadang kadang tercabar juga kewibawaan sebagai ibu bapa.. kadang2 menitis air mata dengan dugaan Nya.. namun setiap yang berlaku itu terselit hikmahNya

Setiap perkara yang berlaku itu sangat mengembirakan hati aku.. si kecil ini sudah pandai berkomunikasi. sudah pandai minta "tutu" itu masksudnya susu dan perkataan paling kelakar adalah "petik" itu maksudnya amik... hahahhah.. dan paling memudah kan kerja.. si kecil ini sudah pandai menunjukkan pampers die kalo die dah poo poo.. oh sweetie... u so impressed me.. Sekarang ni tak sabar nak tunggu die bercakap dengan lancar. Oh.. Forgot.. irfan sudah berjalan dengan lancar nyer pada usia 13 bulan 1 hari.. Now dh nak berlari walaupun jalan tak tegak lagi.. hehehhehe


Ini adalah sedikit picca si kecil... si kecil ini sangat aktif.. susah nak tangkap gambar.. chill baby chill