Friday, 27 January 2012

Panduan menjadi menantu yang baik...

Bismillah


Pagi jumaat yang barakah ni nak jugak la share ngn kawan2 berkenaan dengan hubungan dengan mertua.. Inilah satu masalah yang akan dihadapi oleh pasangan yang baru berumahtangga... Biasanya kita susah nak sesuaikan diri dengan keluarga baru, namun bagi sesetengah orang keluarga barulah yang memberi sinar kebahagiaan pada mereka... Macammana pun kita mesti banyak berdoa supaya semua perkara yang kita lalui dalam kehidupan ini dipermudahkan Allah s.w.t.

Panduan Menjadi Menantu Yang Baik



1. Anggaplah ibu mentua seperti ibu sendiri. Dengan ini kita tidak akan kecil hati apabila dimarah atau ditegur. Tatkala ditegur atau dimarahi, kita kene fikir bahawa semua itu hanya sebab mereka sayangkan kita dan demi kebaikan rumahtangga kita.

2. Sebagai menantu, kita haruslah mengalah. Memang benar, mentua bukan sentiasa betul tetapi kita ambillah masa untuk memahaminya. Janganlah terus membangkang apabila tidak bersetuju dengan mentua. Bertolak ansur itu merupakan sifat yang penting dalam kehidupan.

3. Elakkan konflik dengan mentua kerana akhirnya akan melibatkan suami. Teruklah apabila suami terpaksa memilih untuk berpihak sama ada ibu sendiri atau isteri. Hal ini berlaku kerana, di sebelah ibu dan sebelah lagi adalah isteri. Kedua-duanya sangat penting bagi suami seperti ‘ditelan mati emak, diluahkan mati bapak’.

4. Hiburkanlah hati mereka dengan memberi hadiah. Hadiah yang diberi tidak perlu terlalu mahal, walaupun hanya lauk pauk yang telah dimasak. Apabila berkunjung ke rumah mentua, bawalah buah tangan sebagai tanda kita mengingati mereka.

5. Jangan laporkan perkara yang tidak baik tentang suami kepada ibu mentua. Selalunya, tiada ibu yang tidak kenal akan anaknya sendiri. Kadang-kala, mentua sendiri akan datang pada kita dan memberitahu perangai anaknya sendiri. Jadi, hal-hal rumah tangga seelok-eloknya perlulah disembunyikan, melainkan sampai di satu tahap yang sangat teruk, bolehlah meminta nasihat daripada mentua.

6. Hantarkan gelombang positif. Sebagai menantu, kita perlulah bersangka baik dan sayang pada mentua. Hal ini berlaku kerana mereka juga seperti ibu bapa kita sendiri dan janganlah berburuk sangka pada mentua.

7. Berbaik-baiklah dengan semua ipar duai. Janganlah menikam belakang atau memburuk-burukkan ipar duai, dan jangan sekali-kali campur tangan masalah rumah tangga adik-beradik kita dengan menjadi batu api dan sebagainya.

8. Setiap hari, jangan lupa untuk mendoakan mentua dengan bersungguh-sungguh. Doakan kesejahteraan, kesihatan, kesenangannya, ringankan bebanannya dan lain-lain.Berilah khidmat seperti memasak, dan beri pertolongan kepada mentua dengan perkara-perkara yang kita mampu lakukan. Buatlah dengan seikhlas
hati.

9. Jadilah menantu yang soleh atau solehah. Beriman, boleh diharapkan, pandai menjaga rumah tangga, pandai mengambil hati, penuh kasih sayang, dan sebagainya. Ingatlah bahawa: “Reda Allah pada seseorang anak adalah bergantung kepada reda daripada ibu bapa 
anak tersebut”.



Hubungan saya dengan mertua alhamdulillah baik2 saja... mak mertua saya adalah seorang ibu yang hebat kerana berjaya membesarkan anak2 nya mnjadi og yang bjaya dan berguna... To mak.. thanks sbb banyak bg tnjuk ajar.. semoga Allah sntiasa merahmatimu...aminnn..

Thursday, 26 January 2012

Kegemaran saya

Bismillah.....


Makan2 dan jalan2 aktiviti kegemaran aku tapi dulu la... skrg tidak lagi kerana aku dh x larat... jalan ckit cari kerusi, jalan ckit nak kene duduk.. penat ckit mengamok... kalo panas... lagi la.... nak marah ajer... aduh... apa punyer perangai la aku ni... jom tgok fav food aku time pgnant ni..




domino's pizza

bihun tomyam

coffee

tutti frutti

dan  



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-




ops... my hubby pon masuk kategori makanan fav gak ke??? hehehehhe.. die adalah KEGEMARAN bukan MAKANAN KEGEMARAN... hehehheheh (*_*)


Wednesday, 25 January 2012

I need my blackmores!!

Bismillah


Sungguh banyak tragedi yang berlaku sepanjang cuti tahun baru cina ni.. mana taknya... last week hari khamis sampai sabtu husben aku demam x baik2.. xnk makan... asyik muntah2.. aku ni sampai dah nangis2 kat umah tu.. huhuhuh.. dugaan... dah la dengan bawak perut mcm ni.. xpela.. sakit tu kan penghapus dosa... so.. bila husben dh dok terlentang je cam tu aku pon patah le kaki.. nak g jalan x bole... nak g beli barang x bole... sume x bole... tp alhamdulillah dapat balik kl kejap... cuma aku dh kehabisan vitamin blackmores kesayangan aku.. wargh!!! i need to give my baby a good nutrition everyday ok.. bekalan blackmores aku sudah abis.... perlu ke farmasi dengan segera... sekian... huhuh






bagi aku.. blackmores pregnancy formula ni dah lengkap la kalo nak dijadikan vitamin or suplement semasa mengandung... kalo tgok ingredient pon dh lengkap utk baby.. contohnya ada natural fish oil, DHA, Folic Acid dll... aku selesa amik blackmores ni sebab aku x lalu nak minum susu.. dan ia juga sesuai utk ibu yang sedang menyusu badan... aku nervous la.. lg sebulan je nak menetas ni... sangat seram... Moga Allah permudahkan segalanya....

Thursday, 19 January 2012

Tollyjoy

Bismillah..

Saya suke jenama tollyjoy... beli banyak2 utk my baby...


Wednesday, 18 January 2012

Saat indah..

Bismillah...

"Dari apakah Allah menciptakannya? Dari setetes mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya. Kemudian Dia memudahkan jalannya," (Surah Abasa 80, ayat 18-20)








Indahnya menjadi seorang ibu...wlupun masih di alam rahim.. namun aku berkongsi suka dan duka bersamanya... apa yang ibu makan itulah makanan kamu nak.. kamu mengetahui setiap emosi ibu.. ibu juga dapat merasa jika kamu geram, suka, lapar dan marah kat dalam tu.. xpe la sayangku.. biarkan ibu sakit di luar ini jika itu boleh membuatkan kamu selesa di dalam.... (*_*)

Tuesday, 17 January 2012

My dream bedroom

Bismillah

Hari ni sangat letih.... Dah almost 3 weeks x pegi site so hari ni pegi rasa x larat je badan aku... dah beso sgt ni.. jalan pon mcm peguin.. hahahha.. bila dh letih.. pastu ngantuk teringat la katil kat umah... besnya kalo bole bawak kat opis pas2 letak kat sebelah meja aku kan... senang... nak baring bila2 pon bole...hehhehe.. ingat ape.. keje sendiri bole la buat camtu.. huhuhu.. skg ni kondisi aku dh macam awal2 pgnant dulu.. dah malas ngn asyik nak tidur je... Bayangkan lah kalo kt umah tu bilik tidur macam istana.. mesti x bangun2 tido... aku pon berangan la nak ada bilik tidur yg lawo2 macam ni




amboi... test.. x bole blah... huhuhh.. sebenarnya x sukar nak dapat bilik tidur camni... just kita pandai decore je.. tak perlu la nak beli perabot yang mahal2... yang penting kemas dan teratur.... aku punyer bedroom?? rahsia... uwekk.. bukan rahsia... x decore lagi.. biase2 je... ok la... cukup2 la berangan tu.. (*_*)

Monday, 16 January 2012

Si dia dan MINNIE MOUSE.

Bismillah...


Seronok berhibur bersama si kecil.. siapa la yg x suke budak2 kan.. sbb mereka ni anugerah Tuhan yang sangat comel... wlupon penat melayan kerenah namun bila xd tu sunyi jer...mcm tu la aku... tiap2 minggu mesti nk jmpe anak buah husben yg comel2 ni... lagi2 si kecil ni.. kalo dok berdua die diam je main ngn minnie mouse yg husben aku beli kt bandung... comel sangat... 




to Nur Fatini Nasuha..
Ucu ana banyak amik gmbr kamu.. insyaAllah... nanti ada masa ucu cuci sume gambar tu ek.. nanti mama dh beli laptop ucu transfer kan.. (*_*)