Tuesday, 19 January 2016

My 2nd Pregnancy : Suspected Big Baby

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam aku pergi ke klinik pakar perbidanan di HSA Johor Bahru, macam biasa la.. KK dah buatkan aku appointment ke klinik pakar atas alasan baby yang aku kandung ni dijangka besar. Aku dan suami pasrah. Redha dengan ketentuan

Masa aku jumpe doktor pakar tu dia tanya history aku bersalin anak sulung dulu.. Contraction yang lama.. dari 8 pagi sampai 8 malam and at the end aku tpaksa menjalankan EMLSCS. Then lahirlah Muhammad Irfan Asyraf yang seberat 3.9 kg.

Now 2nd baby. Doktor pon buat scan macam biasa. Last scan pada 5 Januari berat baby adalah sekitar 2371 gm dan pada semalamnya bertarikh 18 Januari berat baby adalah 3429gm bersamaan tolak tambah 3.2 kg u alls... hai la adik.. kamu membesar dengan jayanya di dalam perut ibu.. dan yang paling hebat ibu baru 34 weeks.. 6 weeks to go to our due.. doktor terdiam.. aku pon terdiam.


Doktor : berat baby awak dah 3.4 kg. baru 34 minggu.. ada lagi 6 minggu ni. baby pon x ckup bln lg ni

Aku   : Ok doktor

Doktor  : saya suspect masa bersalin nanti mungkin lebih 4 kilo.. awak nak try bersalin normal ke?

Aku    : boleh ke saya bersalin normal doktor? (suara sedih sangat)

Doktor   : Kalo baby lebih 4 kilo saya akan consult untuk awak LSCS (maksudnya operation) sebab kami tak berani amik risiko kerana 1st baby 3.9kg  pon awk tak lepas.

Aku    : .................................

Doktor  : Nanti datang balik masa 37 minggu. masa tu kita akan tengok berat berat baby. kalo bawah 4 kg sy akan bagi cuba. ini sahaja peluang untuk awak cuba bersalin normal sebab jika kali ke 2 dah operate kali ke 3 kita takkan bg pilihan lagi.. mesti kene operate.

Aku :   Ok doktor terima kasih......




Aku pon keluar dari bilik doktor dengan perasaan yang sedikit down.. Ya Allah apalah nasib aku nanti. Lepas tu cerita la dengan en hubby. Alhamdulillah dia seorang yang memahami. Andai kata takdir menetukan untuk kene operate die tak kesah dan redha. Cuma aku yang merasakan agak sedikit rugi kerana bila operate tak boleh bersalin banyak kali dan berpantang secara pembedahan pon perlukan penjagaan yang rapi.

Tapi tapi tapi... ini semua kerja Allah.. Hanya Dia Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi.. Maha Penyembuh... Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Aku berserah sehabis2 nya kepada Allah.. Semoga semuanya baik2 sahaja. Aku cuma mengharapkan aku dan kandungan selamat semasa melahirkan.. amin..


No comments:

Post a Comment