Bismillahirrahmanirrahim
Penyusuan bayi secara eksklusif amat digalakkan buat bayi baru lahir hinggalah usianya menginjak 6 bulan. Namun, kita disarankan supaya terus memberikan susu ibu kepada si kecil sehingga usianya dua tahun. Banyak khasiat dan kebaikan yang boleh didapati daripada susu ibu.
Rambut
Sehingga usia anak dua tahun, susu ibu masih menyediakan 95% sumber vitamin A yang diperlukan oleh sel kulit dan rambut si kecil. Kandungan 60% vitaminC yang turut terkandung dalam susu ibu dapat membantu anak anda mempunyai rambut yang sihat.
Telinga
Fungsi pendengaran anak lebih baik dan cenderung terhindar daripada jangkitan telinga
Mata
Vitamin A dalam susu ibu baik untuk mata anak anda. Ia dapat membantu menajamkan penglihatan si kecil anda, selain mampu melihat dalam pencahayaan yang rendah. Ia juga dapat membantu die mengenali warna sejak kecil.
Deria Rasa
Kandungan zat besi yang tepat dan berkualiti dalam susu ibu mudah diserap oleh badan anak. Ia membuatkan deria rasanya lebih sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Ia penting untuk meningkatkan selera makan si kecil agar dia boleh menerima apa sahaja makanan yang ada.
Mengeratkan Hubungan Ibu dan Anak
Hubungan rapat yang terjalin di antara ibu dan anak ketika menyusu memberi rangsangan untuk kecerdasan intelektual, sosial, emosi, bahasa, musikal dan sebagainya.
Sistem Imun
Kandungan khasiat yang terdapat dalam susu ibu berubah dari semasa ke semasa. Jika pada minggu pertama ia kaya dengan kolostrum yang baik untuk pencernaan bayi. Seterusnya ia memenuhi keperluan bayi yang hanya bergantung kepada susu ibu. Namun, bagi kanak kanak yang berusia setahun setengah hingga dua tahun, susu ibu berfungsi sebagai daya tubuh dan bukan sebagai makanan lagi.
Otak
Berdasarkan banyak kajian yang telah dibuat, anak anak yang minum susu ibu sehingga usia dua tahun mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding anak anak yang minum susu formula. Bukan sahaja dapat menjimatkan wang, malah anak juga lebih bijak.
Tulang
Kandungan kalsium dalam susu ibu merupakan sumber terpenting dan terbesar bagi pertumbuhan dan kekuatan tulang si kecil. Bukan sahaja ia baik untuk tulang anak anda, malah anda yang menyusukan anak juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.
Kulit
Vitamin A dan C yang terkandung di dalam susu ibu membuat kulitnya sihat dan gebu. Bayi dan kanak kanak yang minum susu ibu juga kurang mengalami masalah alahan dan penghadaman
Sendi dan Otot
Kanak kanak yang minum susu ibu biasanya akan kurang mendapat penyakit otot.
Berat Badan Ideal
Bagi anak anak yang menyusu susu ibu, risiko mengalami obesiti agak kecil berbanding yang tidak minum susu ibu. Ini kerana nutrisi dalam susu ibu sudah mencukupi untuk keperluan si manja. Ketika bayi, anak anak biasanya akan berhenti menyusu dengan sendiri apabila sudah kenyang. Hal ini dapat membantu dirinya untuk tidak makan secara berlebihan.
Sistem Penghadaman
Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mengalami masalah cirit birit selain kurang daripada berisiko terhadap alahan makanan. Ia juga dapat mengurangkan risiko mendapat apendiks pada usia kanak-kanak.