Tuesday, 24 September 2013

Jiwa Ku Berbunga "Jodoh Itu Milik Kita"

Bismillahirrahmanirrahim

Tetiba pulak hari ni nak update blog pasal drama Jodoh Itu Milik Kita yang sedang ditayangkan di astro mustika hd. Jika tidak silap dah episode 17. Dibintangi Farid Kamil, Tizz Zaqyah, Syazwan Zulkifli dan Nabila Huda.

Bagi aku jalan cerita ni macam biasa jer sebab sebelum ni pun dah banyak drama berkenaan dengan kisah cinta kawin terpaksa, kawin dengan pilihan orang tua dan macam2 jenis kawin la yang tanpa cinta. Tapi drama ni istimewa bagi aku kerana tizz zaqyah yang berlakon. Well, aku adalah peminat tegar pelakon sweet kecil molek ni. Nak dijadikan best lagi Farid Kamil yang romantik tu pulak hero nya.. Membuai buai la feeling mak tengok citer ni.. hahhaha..

Watak Tizz Dalam Drama Nur Kasih

Kalo tak silap aku lah drama terakhir tizz zaqyah yang memberi kesan yang diingati sampai sekarang adalah drama Nur Kasih tahun 2011. Dalam drama ni memang sweet lakonan die dan diulangi semula dengan drama Jodoh itu Milik Kita, lebih kurang sama wataknya. Actually aku sangat berkenan dengan watak Tizz Bertudung.. Sangat Comel dan nampak sangat ciri ciri wanita solehah. Antara drama yang menonjolkan watak tizz bertudung ialah Nur Kasih, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Oh My English ngn Jodoh Itu Milik Kita.. Mungkin ada drama lain tapi yang ni jer aku follow.. hehehhe.




 Sebenarnya Saya Isteri Dia

 Antara Scene Jodoh Itu Milik Kita


Lagu Black - Takkan Terpisah pula menjadi soundtrack sekaligus ia melengkapkan drama romantik ini. Dengan lakonan tizz dan farid yang manja, lakonan syazwan dan abil yang berkesan di jiwa peminat. It's perfect!!!!!.... cepatlah ending... tak sabar tunggu ni...




 Video Klip Takkan Terpisah From Black OST Jodoh Itu Milik Kita







Thursday, 19 September 2013

Doa Keluarga Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim

Mari kita sama sama mengamalkan doa ini untuk kebahagian dunia dan akhirat



amin ya rabbal al amin...


Petua : Cubaan Pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni entry nak story sikit pasal petua orang dulu dulu. bila cerita pasal petua ni memang macam macam la kita dengar sebab petua ni amalan orang dulu dulu. bila sakit ke bila demam ke atau apa apa perkara yang terjadi mesti boleh diselesaikan dengan petua. tapi petua ini usaha dari kita sahaja yang menentukan. Allah s.w.t sebab kadang kadang ada petua yang agak mengarut dan tak boleh diguna pakai.

So kali ni aku nak share macam mana nak tangani masalah batuk berkahak menggunakan kaedah bawang putih bakar dan minyak masak. Mungkin ada sahabat yang dah tau benda ni. aku pon dah lama tau tapi baru je 2 3 hari ni nak mencuba. Al kisah nya my sweet little bunny Muhammad Irfan Asyraf dah batuk berkahak hampir 13 hari. Masa mula2 batuk tu tak teruk sangat sebab dia akan batuk malam dan pagi sahaja .Aku dan en suami masih boleh tahan lagi. Tapi bila dh nak masuk 2 minggu kami mula risau. Niat hati ni nak jer pegi klinik tapi rasa berat sebab aku tak nak anak kene consume antibiotik sebab bayi bawah 2 tahun sangat tidak elok utk amik antibiotik melainkan jika ada jangkitan kuman yang serius.

So, aku berborak2 dengan seorang sahabat di opis, beliau la yang share kan petua ni... tq mama yanie for the info.. hehehhe.. aku cuba pada irfan malam semalam.. memang leceh ckit sebab kene bakar pastu lenyek bawang ni smpi hancur then campur ngn ckit minyak masak. Aku sapu kt dada, leher dan belakang badan irfan. Alhamdulillah pagi semalam nampak kurang sikit batuk die. Malam tadi pon aku cuba lagi.. Alhamdulillah dah tak dengar die mendengus masa tido.. tido pon tak tertanggu.. Alhamdulillah.. pagi ni bangun heppy jer die..

Bila kita ingat balik mana datang petua ni, yup mungkin orang dulu dulu dah amalkan, zaman dulu pon mana ada perubatan moden macam sekarang ni, amalan petua macam ni la yang membantu mereka untuk sembuhkan pelbagai penyakit, jadi tak salah untuk kita yang hidup dalam zaman serba moden ni cuba petua orang dulu dulu sekali sekala kan.. untuk kebaikan sekeluarga juga. So next entry jika berkesempatan aku nak share tntang petua petua lain pulak.



Ni antara pic yg aku google. bawang putih


Di bakar bersama kulit


Tumbuk isi smpi hancur dan campur dengan minyak masak




Friday, 13 September 2013

Penat dan Ulser Mulut

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni hari jumaat.. alhamdulillah.. 5 hari kerja.. kerja bukan sebarang kerja... kerja kt pejabat, kerja kat rumah dan yang paling menguji kesabaran adalah kerja di site.. Minggu ni pergi site memang mencabar, memenatkan, meletihkan, melaparkan dan semua 'me' la yang ader.. hahhahah... cuaca pulak hari2 hujan di johor ni.. kepala aku pon jadi hujan panas hujan panas la... haih... sob sob..

Hari selasa hari tu kena ulser mulut.. sampai hari ni pon x baik2 lagi.. macam mana... dah pergi farmasi semalam untuk beli ubat tapi pembantu farmasi tu kata ubat ni mesti sapu 2 atau 3 jam skali dan tak boleh makan makanan bergoreng dah pedas, kalo tak lambat lah nak baik... ok.. aku redha.. dh macam makan og pantang bersalin la pulak kan.. aku ni pantang jumpe.. nak keje pon badan macam nak demam.. 2 3 hari ni kene hujan jer.. ditambah pulak dengan ulser mulut yang menyerang.. ok.. semoga hari ni berlalu dengan cepat dan besok bercuti.. yippiiiiii... irfan... tunggu ibu balikkk.....



Feeling tired..



Cepat lah baik... dh seminggu ni... nak makan pon x bole... (gambar di atas sekadar hiasan)





Monday, 9 September 2013

M.I.F 18 Months

Bismillahirrahmanirrahim..


Dush dush dush!! itulah satu tumbukan ke muka aku kerana tak sempat nak update blog ni.. knape??? biasalh.. kerja dan kerja... itu saje alasan... sampai dh berlalu syawal 2013 barulah berkesempatan nak menyinggah dan mencoret sedikit2 demi sedikit... lepas ni bila lagi nak bercerita.. entah.... harap2 hormon aku akan suka untuk sentiasa menulis..

My son....!!!! dh 18 months.. oh dear.. cepatnya masa berlalu... seronok sangat melayan kerenah.. dh pndai nak berborak2.. dh pndai nak mintak itu ini... kadang2 x terlayan mak ko ni ha... dan ada plak orang sekeliling berkata... "dah beso dh anak ko tu.. die nak kawan" ok.. saya faham maksud itu... namun itu adalah rezeki Allah.. jika ada adalah... jika tiada bagi la masa untuk berehat sambil memulihkan kesihatan luar dan dalam.

Haihhh.. gambo raya pon x sempat nak hupdate.. cukupla kat bawah ni sekeping sebagai pengganti blog yg dh menyepi giler ni.. ahaks... jumpe lagi di entry akan datangggg....