Monday, 11 November 2013

Training Or Swimming

Bismillahirrahmanirrahim...

Entry ni nak story pasal my baby Muhammad Irfan Asyraf yang suka sangat main air... pantang ada kolam mandi.. suka sangat. selalunya kat rumah mandi dalam baby tub die je.. hari tu opis aku ada buat family day kat lotus desaru.. Bercuti kat desaru sangat best.. cuaca pun sangat baik time ktorg bercuti...

lotus desaru ni skali pakej ada waterpark.. so apa lagi.. berendam la anak, mak, dan bapak.. hehehhe.. 



 Mula mula macam takot kan..



 Ni dah ok sikit... tak takut lagi..





Dah tak nak balik pulak nak berendam jer..


Kitorang swim dari pukul 9 pagi smpi kul 11.30 pagi.. ingatkan nak berendam jer tapi cuaca agak panas.. takot badan irfan kalah pulak cuaca panas sejuk ni... takpelah sayang.. next time ibu bawak g swimming k lagipun ini baru training ajer... i wish i could see you be a professional swimmer one day... oh.. make a wish list.. In Shaa Allah..




Tuesday, 24 September 2013

Jiwa Ku Berbunga "Jodoh Itu Milik Kita"

Bismillahirrahmanirrahim

Tetiba pulak hari ni nak update blog pasal drama Jodoh Itu Milik Kita yang sedang ditayangkan di astro mustika hd. Jika tidak silap dah episode 17. Dibintangi Farid Kamil, Tizz Zaqyah, Syazwan Zulkifli dan Nabila Huda.

Bagi aku jalan cerita ni macam biasa jer sebab sebelum ni pun dah banyak drama berkenaan dengan kisah cinta kawin terpaksa, kawin dengan pilihan orang tua dan macam2 jenis kawin la yang tanpa cinta. Tapi drama ni istimewa bagi aku kerana tizz zaqyah yang berlakon. Well, aku adalah peminat tegar pelakon sweet kecil molek ni. Nak dijadikan best lagi Farid Kamil yang romantik tu pulak hero nya.. Membuai buai la feeling mak tengok citer ni.. hahhaha..

Watak Tizz Dalam Drama Nur Kasih

Kalo tak silap aku lah drama terakhir tizz zaqyah yang memberi kesan yang diingati sampai sekarang adalah drama Nur Kasih tahun 2011. Dalam drama ni memang sweet lakonan die dan diulangi semula dengan drama Jodoh itu Milik Kita, lebih kurang sama wataknya. Actually aku sangat berkenan dengan watak Tizz Bertudung.. Sangat Comel dan nampak sangat ciri ciri wanita solehah. Antara drama yang menonjolkan watak tizz bertudung ialah Nur Kasih, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Oh My English ngn Jodoh Itu Milik Kita.. Mungkin ada drama lain tapi yang ni jer aku follow.. hehehhe.




 Sebenarnya Saya Isteri Dia

 Antara Scene Jodoh Itu Milik Kita


Lagu Black - Takkan Terpisah pula menjadi soundtrack sekaligus ia melengkapkan drama romantik ini. Dengan lakonan tizz dan farid yang manja, lakonan syazwan dan abil yang berkesan di jiwa peminat. It's perfect!!!!!.... cepatlah ending... tak sabar tunggu ni...




 Video Klip Takkan Terpisah From Black OST Jodoh Itu Milik Kita







Thursday, 19 September 2013

Doa Keluarga Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim

Mari kita sama sama mengamalkan doa ini untuk kebahagian dunia dan akhirat



amin ya rabbal al amin...


Petua : Cubaan Pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni entry nak story sikit pasal petua orang dulu dulu. bila cerita pasal petua ni memang macam macam la kita dengar sebab petua ni amalan orang dulu dulu. bila sakit ke bila demam ke atau apa apa perkara yang terjadi mesti boleh diselesaikan dengan petua. tapi petua ini usaha dari kita sahaja yang menentukan. Allah s.w.t sebab kadang kadang ada petua yang agak mengarut dan tak boleh diguna pakai.

So kali ni aku nak share macam mana nak tangani masalah batuk berkahak menggunakan kaedah bawang putih bakar dan minyak masak. Mungkin ada sahabat yang dah tau benda ni. aku pon dah lama tau tapi baru je 2 3 hari ni nak mencuba. Al kisah nya my sweet little bunny Muhammad Irfan Asyraf dah batuk berkahak hampir 13 hari. Masa mula2 batuk tu tak teruk sangat sebab dia akan batuk malam dan pagi sahaja .Aku dan en suami masih boleh tahan lagi. Tapi bila dh nak masuk 2 minggu kami mula risau. Niat hati ni nak jer pegi klinik tapi rasa berat sebab aku tak nak anak kene consume antibiotik sebab bayi bawah 2 tahun sangat tidak elok utk amik antibiotik melainkan jika ada jangkitan kuman yang serius.

So, aku berborak2 dengan seorang sahabat di opis, beliau la yang share kan petua ni... tq mama yanie for the info.. hehehhe.. aku cuba pada irfan malam semalam.. memang leceh ckit sebab kene bakar pastu lenyek bawang ni smpi hancur then campur ngn ckit minyak masak. Aku sapu kt dada, leher dan belakang badan irfan. Alhamdulillah pagi semalam nampak kurang sikit batuk die. Malam tadi pon aku cuba lagi.. Alhamdulillah dah tak dengar die mendengus masa tido.. tido pon tak tertanggu.. Alhamdulillah.. pagi ni bangun heppy jer die..

Bila kita ingat balik mana datang petua ni, yup mungkin orang dulu dulu dah amalkan, zaman dulu pon mana ada perubatan moden macam sekarang ni, amalan petua macam ni la yang membantu mereka untuk sembuhkan pelbagai penyakit, jadi tak salah untuk kita yang hidup dalam zaman serba moden ni cuba petua orang dulu dulu sekali sekala kan.. untuk kebaikan sekeluarga juga. So next entry jika berkesempatan aku nak share tntang petua petua lain pulak.



Ni antara pic yg aku google. bawang putih


Di bakar bersama kulit


Tumbuk isi smpi hancur dan campur dengan minyak masak




Friday, 13 September 2013

Penat dan Ulser Mulut

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni hari jumaat.. alhamdulillah.. 5 hari kerja.. kerja bukan sebarang kerja... kerja kt pejabat, kerja kat rumah dan yang paling menguji kesabaran adalah kerja di site.. Minggu ni pergi site memang mencabar, memenatkan, meletihkan, melaparkan dan semua 'me' la yang ader.. hahhahah... cuaca pulak hari2 hujan di johor ni.. kepala aku pon jadi hujan panas hujan panas la... haih... sob sob..

Hari selasa hari tu kena ulser mulut.. sampai hari ni pon x baik2 lagi.. macam mana... dah pergi farmasi semalam untuk beli ubat tapi pembantu farmasi tu kata ubat ni mesti sapu 2 atau 3 jam skali dan tak boleh makan makanan bergoreng dah pedas, kalo tak lambat lah nak baik... ok.. aku redha.. dh macam makan og pantang bersalin la pulak kan.. aku ni pantang jumpe.. nak keje pon badan macam nak demam.. 2 3 hari ni kene hujan jer.. ditambah pulak dengan ulser mulut yang menyerang.. ok.. semoga hari ni berlalu dengan cepat dan besok bercuti.. yippiiiiii... irfan... tunggu ibu balikkk.....



Feeling tired..



Cepat lah baik... dh seminggu ni... nak makan pon x bole... (gambar di atas sekadar hiasan)





Monday, 9 September 2013

M.I.F 18 Months

Bismillahirrahmanirrahim..


Dush dush dush!! itulah satu tumbukan ke muka aku kerana tak sempat nak update blog ni.. knape??? biasalh.. kerja dan kerja... itu saje alasan... sampai dh berlalu syawal 2013 barulah berkesempatan nak menyinggah dan mencoret sedikit2 demi sedikit... lepas ni bila lagi nak bercerita.. entah.... harap2 hormon aku akan suka untuk sentiasa menulis..

My son....!!!! dh 18 months.. oh dear.. cepatnya masa berlalu... seronok sangat melayan kerenah.. dh pndai nak berborak2.. dh pndai nak mintak itu ini... kadang2 x terlayan mak ko ni ha... dan ada plak orang sekeliling berkata... "dah beso dh anak ko tu.. die nak kawan" ok.. saya faham maksud itu... namun itu adalah rezeki Allah.. jika ada adalah... jika tiada bagi la masa untuk berehat sambil memulihkan kesihatan luar dan dalam.

Haihhh.. gambo raya pon x sempat nak hupdate.. cukupla kat bawah ni sekeping sebagai pengganti blog yg dh menyepi giler ni.. ahaks... jumpe lagi di entry akan datangggg....




Thursday, 11 July 2013

Ramadhan 2013 : Azam Saya

Bismillah..

Ah Lan Wasahlan Ya Ramadhan...

"Di bulan Ramadhan ini kita diminta oleh Rasulullah SAW untuk berpuasa dengan ihtisaban seperti dalam sabdanya, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuhi keimanan dan ihtisaban, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” 

Alhamdulillah.. sesungguhnya tiada apa yang dapat diungkapkan hanyalah Syukur ke hadrat Allah sekali lagi aku ditemukan dengan bulan mulia, bulan barakah, bulan seribu rahmat dan seribu pengampunan .. bulan ramadhan..Hari ini dah 2 ramadhan... azam saya adalah untuk kumpul pahala... kumpul amal... walaupun tak terbanding dengan dosa yang dibuat... Dan yang paling hendak aku lakukan adalah untuk khatam Al-Quran dalam bulan ini.. InsyAllah... moga Allah permudahkan segalanya.. Semoga ketetapan iman diberi.. semoga segala urusan duniawi tidak mengganggu ibadah.. amin amin.. ya rabbal al amin..

“Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunat (tathawwu’). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezeki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan berbuka  kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikit pun.”




Marilah kita sempurnakan bulan ini sebaik2nya... sebab kita tak tahu samaada bertemu lagi atau tidak di ramadhan akan datang... InsyaAllah... Jom Tadarus dan Selamat Bertarawikh..






Monday, 1 July 2013

16 Months Old

Bismillah

Selamat menulis kembali kepada aku walaupun diri ini tidak istiqamah dalam melakukan penulisan kt blog ni. Niat memang selalu mendahului perkara namun jasad tak dapat melaksanakannya atas tuntutan perkara yang lain. sesungguhnya apa yang kukecapi hari ini, pagi ini dan saat menulis ini adalah perkara yang paling baik dalam hidup. Alhamdulillah.. syukur atas nikmat mu Ya Allah..

Happy 16 months old my dearest baby, my son, Muhammad Irfan Asyraf.. sudah 16 bulan... bukan satu masa yang lama dan bukan juga satu masa yang singkat.. macam2 perkara kami si suami isteri telah lalui bersama si kecil ini. kadang kadang tercabar juga kewibawaan sebagai ibu bapa.. kadang2 menitis air mata dengan dugaan Nya.. namun setiap yang berlaku itu terselit hikmahNya

Setiap perkara yang berlaku itu sangat mengembirakan hati aku.. si kecil ini sudah pandai berkomunikasi. sudah pandai minta "tutu" itu masksudnya susu dan perkataan paling kelakar adalah "petik" itu maksudnya amik... hahahhah.. dan paling memudah kan kerja.. si kecil ini sudah pandai menunjukkan pampers die kalo die dah poo poo.. oh sweetie... u so impressed me.. Sekarang ni tak sabar nak tunggu die bercakap dengan lancar. Oh.. Forgot.. irfan sudah berjalan dengan lancar nyer pada usia 13 bulan 1 hari.. Now dh nak berlari walaupun jalan tak tegak lagi.. hehehhehe


Ini adalah sedikit picca si kecil... si kecil ini sangat aktif.. susah nak tangkap gambar.. chill baby chill




Thursday, 14 March 2013

Jumpa Ular Kat Site!!!!

Bismillah

Tetiba entry ni horror plak yer... memang suasana panik sbb benda berlaku live depan mata.. selama ni aku pegi site memang x penah jumpe pon.. og cerita jer.. semalam jumpe la plak... cerita ni terjadi kat kt perkampungan angtong, felda air tawar 3, kota tinggi johor. kat situ ada keje buat jalan. biasalah aku kan keje kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah, jaga pun site 'luar bandar'.. kene la menghadap bende2 ni sume.. semalam tgah nak premix jalan.. tetiba 'pak panjang' lalu.. haih la pak panjang... ulor sawa derrr.....  memang die lalu kat bawah parit yang ada culvert tapi aku tetap takot gak... mamat2 india yg ada kat situ rilex je siap nak tangkap lg ulor tu... eeeeee..... sadis tol...

Before this, banyak dah keje kitorg buat kat laluan 'pak panjang' ni.. antaranya keje korek tanah, bukak culvert, pasang 'wingwall', dan macam2 lagi.. tapi tak pernah jumpe pon... nasib baik la dah siap.. pastu die memunculkan diri...bayangkan lah kalo semasa buat kerja die menonjolkan diri.. haru biru jugak mamat2 indon yang buat kerja konkrit kat bawah tu... huhuhuh



 hah,, tu la 'pak panjang'... nampak tak yang bercorak batik tu.. huk huk

 rilex je die lalu bawah culvert yang kitorg baru siap pasang

ni lah jalan yang premix semalam


P/s : haih.. aku seriau betol la... tahun ni memang nasib aku jaga site area kota tinggi dan melibatkan banyak ladang sawit dan felda.. so kene biasa kan lah jumpe bende2 pelik ni... harap2 takder la jumpe bende yang pelik sangat.. kalo jumpe gak.. of the course aku akan publish kot blog ni... ngeeeee

Wednesday, 13 March 2013

Kisah Irfan Asyraf : Jangkitan Demam

Bismillah

haish la cuaca oh cuaca.... jika udara panas.. terlalu panas, kalo sejuk menggigil gigil.. itulah yang berlaku pada aku dan sang suami... x tahan badan rasa cam nak demam jer.. itu kene kt orang tue mcm kite orang.. apatah lagi my sweet little bunny kt rumah tu... lagi la senang kene infection... sian sangat kat irfan.. kene demam kelmarin.. tapi alhamdulillah bila pegi klinik dan makan ubat demam dah kebah cuma die tak nak minum susu... mungkin tekak pedih agaknyer... tu yang takder mood... asyik merengek jer.. sabarlah sayang.. nak membesar bukan senang.. itulah antara dugaan Allah pada kita.. semoga cepat sembuh..


 ibu.. im tired n not in the mood..

 Sian die...

Ni pic semalam... baru lepas mengamuk sebab ubat then golek2 ngn mainan terus tido...




Kisah Irfan Asyraf : Anak ibu Dah Setahun!!!

Bismillah

Ya Allah.. nampaknya aku tidaklah begitu beristiqamah dalam menghupdate blog ni yer.. sbb pasti aku akan memungkiri janji untuk update blog ni... cerita sudah seminggu lamanya.. well.. masih tak basi kan story ni.. masih boleh diceritakan.. my sweet little baby turn to 1 last week on 1st March 2013. Alhamdulillah... anakku membesar dengan sihat dan sempurna.

On saturday kami laki bini plan la buat makan makan untuk celebrate besday little toodler ni.. ala.. makan kecik2 jer.. bukan buat grand pon... sekadar untuk menyatakan kesyukuran kami sekeluarga atas apa yang Allah berikan.. kesihatan, kasih sayang dan rezeki yang dikurniakan.. Alhamdulillah.. nak dijadikan cerita pulak kawasan rumah aku ni semua beranak pada tahun yang sama... skema tol ayat...so.. bila buat makan makan tu.. banyak baby jer... sume cute mute...



Birthday Cake
Chocolate Indulge From Secret Recipe
Icing Upin Ipin and SugarToy Angry Bird Made By Ibu Irfan... HEEEEE

 Maklang irfan.. She absolutely miss u rite now...


 Birthday boy..




Irfan Asyraf BFF Mohd Aqil (Jiran Sebelah Pintu) 





 A Lot Of Presents.. Thanks guys... the 'hadiah' was awesome.. 
rasa cam aku plak nak jadi baby...hehehehe


Our Little Familia n jiran tetangga 


Heppy besday sayang baby.. 



Yeay... saya suke dapat hadiah..
jap... ibu yang suke kot sbb irfan tak senyum pon... heheh 














Dan Ini Adalah Aktiviti Selepas Majlis
Berebut hadiah and sepahkan rumah..

Alhamdulillah.. selesai sudah hajat kami.. alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. makanan pon sume habis... irfan pon dah membesar dengan baik...cuma belum pandai jalan lagi.. malas sangat kaki tu.. ibu babap nanti yerp... hehehe

Dear anak ibu Muhammad Irfan Asyraf B Mohd Fadzli

Irfan Asyraf, Selamat Hari Jadi sayang, semoga kamu menjadi anak yang soleh, anak yang bijak, anak yang sihat tubuh badannya.. anak yang membesar dengan baik, anak yang mudah dijaga, anak yang akan berbakti dan menyenangkan orang tuanya.. anak yang berjaya didunia dan akhirat... selagi ibu bernyawa, doa ibu sentiasa menyusuri kamu....ameen




Wednesday, 27 February 2013

Perkara Yang Berubah Selepas Mempunyai Anak

Bismillah

Semalam ternampak la satu info ni masa melayari fb.. sangat nice fakta faktanya and absolutely semuanya betul.. yup.. betul sangat.. memang kita akan rasa berbeza sangat diri kita lepas dh ada anak.. kadang kadang kita tak sedar pon yang kita boleh buat benda2 tu.. kesabaran, ketabahan, kasih sayang, semakin banyak kita boleh improve diri kita lepas kita ada anak... jom tngok.. apela perubahan perubahannya yer..


  1. Kita akan menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
  2. Kita akan menemui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot  
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita    bangun seawal jam 4 pagi!!
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
  5. Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
  9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita.
  11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
  12. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
  14. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
  15. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
  17. Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
  18. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
  19. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan.

Kesimpulan yang dapat aku buat dari info ni memang la kita akan lebih menghargai keluarga kita lepas kita mempunyai anak... dan bila anak dah besar mesti terdetik dalam hati "Syukur Ya Allah.. ini lah anak yang aku kandungkan 9 bulan dahulu, sekarang sudah besar dan pandai mengambil hati ku" segalanya adalah ANAK... luv u Irfan..






Thursday, 14 February 2013

Irfan.....Sukar Untuk Dikawal

Bismillah

Hari ni baru la aku dapat lepak kat depan pc n tempat duduk aku yg dah berhabok ni... naik cuti raya cina ni still duduk opis lagi... malas nak ke site.. mungkin next week kot.. tggu arahan bos jer.. yes.. bos...!! lupakan seketika hal keje yang sampai mati pon x habis... tgah pikir apa la pulak aktiviti irfan malam ni... alahai anak ibu.. usia mu sudah 11 bulan 14 hari.. yes baby.. almost a year... kejap je masa berlalu.. rasa macam baru semalam beranak.. ok.. asyik ayat tu je... nyampah plak.. hehehehhe

Sekarang ni irfan dah macama2 peel.. eh btol ke eje pe el tu.. heheheheh.. maksudnya macam ragam... og dh nak stahun sebok nak jalan.. die dh manjat2.. lagi la rumah aku 2 tingkat.. pening kepala nak jaga die naik tangga turun tangga... betul2 menguji kesabaran.. kalo biar die boleh naik tangga terus smpi atas pastu masuk bilik air.. apa pon x bole....sampai satu tahap aku dah x bole nak kepong tangga lagi... aku terus baring kat tepi tangga tu nak halang die punye pasal.... x ke macam ikan paus dah.. hheheheh...

Lain plak bila main ngn die.. mulut asyik ngoceh je.... "papapap, mmaamama,, nak,, tak tak" tu antara perkataan yang irfan pandai sebut... gigi pon dh penuh.. tinggal geraham jer nak tumbuh... btol la kata og... kalo budak tumbuh gigi dulu lambat jalan... irfan dh nak setahun mapah lg.. kadang2 je lepas tangan.. takpe sayang... ibu wait for u till u jalan k.. yang penting anak ibu sihat n membesar dengan baik.. amin...




 dah pandai pose depan kamera...

 eyes!!!

 suke sgt dengan bb ni

 oh... my hunny bunny.. muah..

suka time die tido.... moncong...


Menjadi ibu bekerjaya ni sangat mencabar.... dengan nak urus rumah... masak.. kemas rumah... basuh kain.. jaga anak.. jaga suami... dan macam2 lagi.. aku ni baru anak sorg rumah dah tunggang langgang.. hahahha.. adoi.. baru la tau camne my parent besarkan aku.. sbb dh jadi parent baru tau kan... rasa hati ni ingat nak la pregnant taun depan bila irfan dah 2 years tapi bila fikir die sangat la lasak.. tunggu dulu la... bagi die pandai berdikari.. pandai makan.. pki bju sndiri.. baru boleh ada adik... heheheh... bila dok kt opis ni rindu sangat kt irfan... biarpun jaga die yang tengah aktif... rasa puas sgt.. oh.. irfan.. ibu love uuuuu.....