Thursday, 25 August 2011

BAJU RAYA DR KL....

Bismillah...


Lama nyer x menconteng di sini.. sabo jela.... bukan sibuk mana cuma mood aku sekarang ni sgt tidak stabil... aku slalu menjadi PEMARAH dan kadang2 menjadi PEMALAS dan kdg2 xnk bcakap ngn sape2... huhuhuh tapi arini dapat bungkusan istimewa dpd sister aku di kl... BAJU RAYA dh siap... sedih sgt xdpt balik kl pose kali ni sbb tu bju raya di pos saja nun jauh dr sana.. ntah la... xtau nak cakap apa.. aku skrg sgt dibuai perasaan sedih... huhuhuhu


Ni la bju raya aku yg dh muat2 je boleh pki.. maklum la.. perut dh membesar tp berangan nak pki baju time bujang2 dulu... hehehhehe




pink + purple + blue


Sunyi jer nak raya taun ni.. lg2 tinggal 2 ari je kan nak keje... dtg je la wlupon mood MALAS giler (moga Allah menjauhkan anak aku dr sifat malas kerana ibu die sewaktu preggy ni sifat malas menguasai diri... hanya ada MALAS dalam kepala) 

Walaupun sunyi aku selalu ditemani kawan baik aku kt opis ni... heheheheh

-


-


-


-


-


-


-


-


-



tada.... ni la kung fu panda yg slalu wt aku gelak sorg2 
p/s : curi dr anak buah husbend ... hehehhe

okla... mana tau dh nak dekat lebaran ni aku x sempat nak update blog kan... nk ucap siap2 salam idul fitri.. maaf zahir dan batin....semoga semua yg kita lakukan diberkati Nya,, InsyaAllah...



Monday, 8 August 2011

TARAWIKH YANG BERBEZA

Assalamualaikum... 
Sepanjang ramadhan yang mulia ini.. Aku bersyukur ke hadrat Allah.. walupun aku dlm keadaan 1st trimester ni aku still bole pose penuh.. Now dh 8 ramadhan.... Alhamdulillah..Tapi mood aku hendak ke tarawikh setiap malam sgt teruk... aku jd si pemalas dan akan tidur pada jam 9 malam... Kenapa? Letih sgt bpuasa kot.. Atau letih menyediakan juadah berbuka...huhuhu.. kemungkinan jugak...
Tapi sebenarnya aku mengalami kemurungan sikit... Aku rindu sgt kat ibu n abah aku...biasa tiap2 tahun aku akan pegi tarawikh dengan dorang....so tahun ni jadi lain ckit sbb pegi ngn husband.. aku xd teman.. aku dok sorg2 kat tempat pompuan... selalunya ada ibu aku, ngn adik2 aku... tu yg rase lain... bile dengar je og solat tarawikh aku jd sayu... tak terkata... jantung berdegup2 teringat ibu n abah aku kt umah... xpela...ni tahun ptama aku berkahwin... Nanti 20 tahun akan datang ia akan jadi biasa....
Buat ibunda dan ayahanda di kl.. kak ngah miss u so much.. take care n sentiasa mendoakan kak ngah di sini..

 Rindu kat abah




 Dan jugak ibu

OMG!!!! Rndu nyer kat adik2 n kaklong.. jauh dimata dekat dihati.. uhuhuhuh
tapi... xpela sbb

 -


-


-


-


-


-


-


-


-

di sini aku masih ada insan yang sentiasa ada bsama aku dikala aku bsedih hati dan sentiasa heppy kan aku.. i luv u... My sweet husband...


p/s : sume pic ni pic kawen je sbb pic kawin je yg ada dlm pc kt opis ni... hehehheh

Thursday, 4 August 2011

KHAS UTK SEMUA... SEBELUM SEMUANYA TERLAMBAT......




Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……




Tuesday, 2 August 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, manakala pintu-pintu Neraka ditutup, Syaitan dirantaikan."
[Riwayat Bukhari & Muslim]
Kelebihan Bulan Ramadhan
i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar 'ra-mim-dal', yang bererti "panas" atau "panas yang menyengat". Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud "menjadi panas atau sangat panas", atau diertikan juga sebagai "hampir membakar". Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut 'Siyam' atau 'Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar 'Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala Syaitan dan Iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu Syurga dan menutup pintu Neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca al-Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipat gandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu 'Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran,   menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.
[Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 185] 
SUMBER : ILUVISLAM.COM