Thursday, 14 January 2016

4 Fasa Perkahwinan, Yang Manakah Paling Mencabar?

Bismillahirrahmanirrahim

Pasti ramai yang mengakui pernyataan ini.  Lima tahun pertama perkahwinan adalah waktunya suami isteri berdepan banyak konflik rumah tangga, masam muka, merajuk dan sebagainya.
Tapi melalui cara inilah kita mengenali  diri pasangan sebenarnya. Fasa seterusnya macam mana pula, apa yang berlaku? Ini info yang perlu anda suami isteri tahu agar dapat buat persediaan.






Fasa 1 – 
5 tahun pertama perkahwinan

Tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah paling banyak dugaan antaranya sukar  faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, anak kecil dan banyak lagi. Dalam fasa ini perlu banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar.

Fasa 2-  Usia perkahwinan 5- 10 tahun

Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya. Ramai juga yang sudah malas merajuk pada fasa ini.  Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.   


Fasa 3- Usia perkahwinan 10- 15 tahun

Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia. Ada yang mula rasa bosan dan menjeling pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.


Fasa 4 – Usia perkahwinan 15-20 tahun

Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan. Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.




Hebatnya Susu Ibu!!!

Bismillahirrahmanirrahim

Penyusuan bayi secara eksklusif amat digalakkan buat bayi baru lahir hinggalah usianya menginjak 6 bulan. Namun, kita disarankan supaya terus memberikan susu ibu kepada si kecil sehingga usianya dua tahun. Banyak khasiat dan kebaikan yang boleh didapati daripada susu ibu.




Rambut 

Sehingga usia anak dua tahun, susu ibu masih menyediakan 95% sumber vitamin A yang diperlukan oleh sel kulit dan rambut si kecil. Kandungan 60% vitaminC yang turut terkandung dalam susu ibu dapat membantu anak anda mempunyai rambut yang sihat.

Telinga

Fungsi pendengaran anak lebih baik dan cenderung terhindar daripada jangkitan telinga

Mata

Vitamin A dalam susu ibu baik untuk mata anak anda. Ia dapat membantu menajamkan penglihatan si kecil anda, selain mampu melihat dalam pencahayaan yang rendah. Ia juga dapat membantu die mengenali warna sejak kecil.

Deria Rasa

Kandungan zat besi yang tepat dan berkualiti dalam susu ibu mudah diserap oleh badan anak. Ia membuatkan deria rasanya lebih sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Ia penting untuk meningkatkan selera makan si kecil agar dia boleh menerima apa sahaja makanan yang ada.

Mengeratkan  Hubungan Ibu dan Anak

Hubungan rapat yang terjalin di antara ibu dan anak ketika menyusu memberi rangsangan untuk kecerdasan intelektual, sosial, emosi, bahasa, musikal dan sebagainya.




Sistem Imun

Kandungan khasiat yang terdapat dalam susu ibu berubah dari semasa ke semasa. Jika pada minggu pertama ia kaya dengan kolostrum yang baik untuk pencernaan bayi. Seterusnya ia memenuhi keperluan bayi yang hanya bergantung kepada susu ibu. Namun, bagi kanak kanak yang berusia setahun setengah hingga dua tahun, susu ibu berfungsi sebagai daya tubuh dan bukan sebagai makanan lagi.

Otak

Berdasarkan banyak kajian yang telah dibuat, anak anak yang minum susu ibu sehingga usia dua tahun mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding anak anak yang minum susu formula. Bukan sahaja dapat menjimatkan wang, malah anak juga lebih bijak.

Tulang

Kandungan kalsium dalam susu ibu merupakan sumber terpenting dan terbesar bagi pertumbuhan dan kekuatan tulang si kecil. Bukan sahaja ia baik untuk tulang anak anda, malah anda yang menyusukan anak juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.

Kulit

Vitamin A dan C yang terkandung di dalam susu ibu membuat kulitnya sihat dan gebu. Bayi dan kanak kanak yang minum susu ibu juga kurang mengalami masalah alahan dan penghadaman

Sendi dan Otot

Kanak kanak yang minum susu ibu biasanya akan kurang mendapat penyakit otot.

Berat Badan Ideal

Bagi anak anak yang menyusu susu ibu, risiko mengalami obesiti agak kecil berbanding yang tidak minum susu ibu. Ini kerana nutrisi dalam susu ibu sudah mencukupi untuk keperluan si manja. Ketika bayi, anak anak biasanya akan berhenti menyusu dengan sendiri apabila sudah kenyang. Hal ini dapat membantu dirinya untuk tidak makan secara berlebihan.

Sistem Penghadaman

Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mengalami masalah cirit birit selain kurang daripada berisiko terhadap alahan makanan. Ia juga dapat mengurangkan risiko mendapat apendiks pada usia kanak-kanak.



















Monday, 11 January 2016

Kisah Anak : Abang Irfan Dah Besar

Bismillahirrahmanirrahim

Entry kali ni nak update cerita pasal abang irfan... a.k.a baby irfan yang dah besar tu.. alhamdulillah.. irfan dah boleh terima hakikat yang die nak dapat adik.. dalam tempoh yang lama iaitu 4 tahun, mestilah die akan rasa tidak disayangi.. huahuahua.. lagi2 kalau bergaduh ngn die aku akan cakap

" irfan... ibu sayang adik.."
" ala... sayang irfan jugak la"
" tak mau.. nak sayang adik jeee.... "

kesian irfan..

Tapi.. bila sehari tak jumpe mulut celoteh ni rasa rindu pulak hati ni.. tengoklah mulut itu ikut siapa kan.. sudah sah sah bukan papa die.. mulut pot pet tu dari keturunan ibu die,,, hihi.. well said... 

biasanya hujung minggu mesti bawak irfan g jalan2 kat mall yang ada tempat macam kidzoonia atau toy place tu... selalu jugak amik gambar irfan post kt insta.. bila belek2 gambar baru perasan.. kaki irfan panjang la... tu maknanya dah besar... baru nak masuk 4 tahun tapi badan macam 5 tahun






Yay.. abang dah besar... :) :) 

Thursday, 7 January 2016

Im Officially 32 weeks...

Bismillahirrahmanirrahim

Welcome 2016..
Hampir 1 tahun 5 bulan aku tidak menulis apa2 entry dalam ini.. dan zero entry pada 2015.. adakah hidupku suram pada tahun itu??  Tidak sama sekali kerana tahun lepas adalah tahun yang paling sibuk buat aku dan keluarga kerana dengan kekangan kerja dan dalam persiapan menanti ahli baru...

Yerrrrr... ahli baru.. anak lagi? Yup.. tapi jangan tanya macam tu sebab bukan tiap2 tahun aku beranak hokey.. baby irfan asyraf kini dah tak berapa nak baby sebab he getting 4th this year.. dan aku sudah berada di 32 minggu fasa kehamilan.. alhamdulillah.. semoga semuanya dipermudahkan Allah...


ULTRASOUND 27 WEEKS

hi there!!! baby A is here... i feel so comfortable in my mom womb.. can't wait to see papa n abg also... 

Semoga Allah permudahkan segala urusan.. kawan2 doakan untuk saya dan baby yer.. jumpe lagi di next entry...

P/S : harap2 dapat la update sekurang kurang nya 10 post sebelum delivered... chaiyookkkk ana.. :)



Thursday, 5 June 2014

Rumah Pertamaku

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.. long time no wrote... kali ni entry nak citer pasal rumah pertama aku n family.. alhamdulillah.. aku tak sangka boleh dapat rumah yang lebih dari aku impikan... sebelum ni kami sekeluarga duduk di kuarters kerajaan taman nusantara kt gelang patah tapi alhamdulillah en suami cuba apply rumah under SUK (pejabat setiausaha kerajaan negeri) Johor kat Setiia Eco Garden.

Masa mula2 husband apply aku macam tak confident la nak dapat.. mana taknya.. rumah tu under SUK... dijual murah oleh pemaju... harga ni memang tak dapat kalo kita beli sendiri dengan pemaju tanpa melalui SUK..so bila dah murah ramai la orang yang akan mohon.. husband mohon pon bulan 9 tahun 2012.. dah lama dah.. Harga rumah 139k dengan keluasan 18 kaki X 60 kaki.. dan yang paling best double storrey.. dua tingkat tu... agak2 kalo beli rumah kt kl pon rumah bawah tak dapat dh.. apartment pon dh makan 200-300k.. erm... boleh dapat ke...

Tiba tiba masa awal februari husband bgtau die dh dapat rumah tu.. aku macam tercengang.. macam tak percaya.. dan yang paling terkejut die orang pertama yang dapat 'sijil layak memiliki rumah' wachaaaaa!! hati mak berbunga2 la.. apa lagi..  paling best adalah dapat rumah di bawah pembangunan pemaju yang worldwide yakni SP Setia berhad... so boleh tanya mr.google la macam mana performance developer ni kan...


 Inilah contoh replika rumah pertama kami.. Alhamdulillah. Rumah dijangkan siap 2016



Developer



P/S : Alhamdulillah ini semua rezeki yang Allah pinjamkan di dunia ini.. ini juga limpahan rezeki utk my boy Muhammad Irfan Asyraf.. to my sayang,. insyaAllah tak lama lagi sblum awk sekolah dapat la duduk rumah sendiri.. area nusajaya lagi...dan yang paling penting dekat sgt dengan legoland yg awk suke pegi tu.. hihi :))



Tuesday, 11 March 2014

3 Hari Yang Lama

Bismillah

Sewaktu aku menulis ni adalah waktu kebosanan aku menghadap kursus di JKR Kl.. aku menghadiri kursus selama 3 hari di sini

Seronok jugak sebab dapat jumpe ibu n abah serta adik2 tapi aku lagi rindu pada anak bujang aku kat rumah tu.. oh.. cepat lah abis.. nak balik johor..

Miss u irfan asyraf.. miss u my hubby



Tuesday, 7 January 2014

Rezeki Allah Maha Luas

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum,

Yup.. masih wujud lagi aku di sini.. masih belum dapat men 'istiqamah' kan diri dalam penulisan ini.. tahun 2013 sudah berlalu pergi dengan sepantas angin dan muncul pula tahun 2014 yang penuh dinanti.. Alhamdulillah aku dan en hubby dah dinaikkan pangkat daripada Juruteknik Kepada Penolong Jurutera atau dulu2 orang panggil TA... alhamdulillah atas rezeki Allah ni..

Bila dh naik pangkat ni lagi banyak la beban dan tanggungjawab yang perlu dipikul.. InsyaAllah.. bukan mudah nak melalui zaman mencabar ni lagi2 nak uruskan kerjaya nya.. suami, anak dan rumah tangga.. Semoga Allah sentiasa membantu ku.. AMIN ya rabbb..



surat opsyen yang sudah di sign.... hehehe



I LOVE ALLAH, PROPHET MUHAMMAD, HUBBY, SON N EVERYTHING.. ALHAMDULILLAH..