Thursday, 23 February 2012

Braxton Hicks

Bismillah....


Ok.. tetibe je nak cerita pasal Braxton Hicks ni atau boleh dikatakan sebagai kontraksi awal ketika hendak bersalin... tapi sakit kontraksi ni x sama dengan kontraksi sebenar nak bersalin nanti.. Aku rasa dah seminggu sakit kt pangkal ari ari lepastu perut mengeras je.. memang suspen... mcm semalam.. sakit daripada petang kat opis lagi.. ingat balik keje nk g hospital terus... x jadi.. g makan dulu... last2 bila balik umah dah x sakit dh... terus tdo... boleh dikatakan every day aku dh kene serangan Braxton Hicks ni...ini sedikit info berkenaan Braxton Hicks.


Apakah itu kontraksi Braxton Hicks? 


Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu. 

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872. 


Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar? 

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku." 


Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar. 


Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.


Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan. 


Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan. (sumber : babycenter.com)


Sekarang aku dh 38 weeks... so anytime je ni.. mcm ni la kedudukan fetus untuk 38 minggu



No comments:

Post a Comment